Buku ni dapat dari kawan yang kerja di Jabatan Penerangan. Rupa-rupanya banyak yang kita ingat kita tahu tapi sebenarnya tak tahu. Menceritakan segala-galanya tentang bendera, lambang, lagu kebangsaan dan lagu negeri-negeri. Semua orang tahu bendera ada 14 jalur kan? Tapi tahu tak anda yang bahagian atas tu 8 jalur dan bahagian bawah 6 jalur. Jadi untuk artis yang melukis gambar Jalur Gemilang untuk buku kanak-kanak tu sila ambil perhatian. Jangan pakai lukis je dan tak kira, sudahnya sampai ke besar kita masih keliru. (Seperti saya, yang baru perasan, sungguh tak prihatin). Lagi satu, ia dimulakan dengan jalur merah dan diakhiri dengan jalur putih.
Dah lepas sekolah ni rasa-rasanya mesti ramai yang dah tak nyanyi lagu Negaraku kan? So kita check balik;
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Dalam buku ni juga ada nyatakan:
Menghormati Lagu Negaraku
Menghormati Lagu Negaraku
- Apabila lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan semua orang yang hadir hendaklah berdiri sedia sebagai tanda hormat kecuali jika lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan dalam masa sesuatu penyiaran.
- Seseorang yang dengan sengaja menunjukkan tidak hormat kepada lagu kebangsaan di mana-mana tempat awam, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM100 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan.
- Kemungkiran mematuhi peraturan-peraturan tanda hormat lagu kebangsaan dengan tiada sebab yang baik dan cukup dan apa-apa perbuatan yang mungkin merendahkan kemuliaan lagu kebangsaan pada pandangan awam adalah dianggap tidak menghormati lagu kebangsaan.
- Mana-mana pegawai-pegawai polis boleh menangkap dengan tiada waran mana-mana orang yang melakukan kesalahan dalam penglihatannya terhadap peruntukan-peruntukan seperti yang disebut di atas melainkan jika orang itu memberi nama dan alamatnya dan memuaskan hati pegawai itu bahawa ia akan patuh dengan sempurnanya kepada apa-apa saman atau lain-lain tindakan yang akan diambil terhadapnya.
Dah kibarkan Jalur Gemilang? Saya belum lagi..cari kat dua supermarket tak ada... tak kan habis lak sebab tak nampak pun orang ramai kibarkan. Kat Giant baru ada jual. Kibarkan Jalur Gemilang, tanda kita mengiktiraf pejuang-pejuang kita yang terdahulu. Tip pasang kat kereta.. ada sesetengah tu gamnya cepat je tertanggal.. setelah diamat-amati ... lepas pasang, biar semalaman. Setahun tahan...tapi Jalur Gemilangnya pulak dah buruk so kena la ganti gak. Tema Kemerdekaan tahun ni 1 Malaysia Menjana Transformasi. Buat pertama kalinya tahun ni kita menyambut Hari Malaysia. Cuti umum pada 16 September.
5 comments:
sop dah kibarkan di header blog sop..huhuhu
yer laaa...dh bulan ogos ni..asyik ingat pose ngan raya, sampai lupa nk sambut merdeka..eh,.mana pulak bendera2 aku tu,,kena cari balik..
sop: dah tengok dah..semangat tu..congratz :)
noorma:balik nanti aku nak cari bendera perak..hehe
awal bulan lagi aku dah siap beli.aku beli yg pasang kat kete tu je lah. gasa cam kete vip pulak ada bendera hihihi....
bendera banyak kat giant tp sebab kne bli psl tu tak laku2.org kita kan suka yg pree aje. tq 4 ur info.bagus!
chempaka: orang lain tak ramai pasang...memang keta kita cam vip gak la..hehe..
Post a Comment