Masa Hari Raya Kedua haritu, ada perjumpaan keluarga sebelah mak yang julung-julung kalinya diadakan. Setiap orang memang dipesan bawa seorang sikit kuih raya, so kitaorang bawa kuih raya dan coklat ni. Kalau nak tulis 'Perjumpaan Keluarga Hj Mohd Salleh' panjang sangat, sendatlah nanti rupanya ... so ambil bahasa omputih je la. Ketupat tu untuk menandakan hari raya. Sebenarnya nak buat ketupat warna hijau...sekali masa dah cairkan coklat putih, tak jumpa-jumpa pewarna hijaunya. Pikir punya pikir ke mana hilangnya...rupanya dah bawa balik kampung masa balik Nuzul Quran tu sebab nak buat agar-agar kering. Jadilah ketupatnya putih je tak kuasa la pulak nak beli baru.


Bawa lebih sikit sebab tau ramai yang datang. Lebih 100 orang.

Mengimbau sedikit kisah arwah nenek saya, Allahyarham Mohamed Salleh bin Bijan. Berasal dari Tapanuli, Sumatera Utara. Nenek merantau ke Tanah Melayu ketika umur belasan tahun. Pada masa dahulu alam Melayu tu kan luas. Sulawesi, Jawa, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan banyak lagi pulau adalah sebahagian daripada Kepulauan Melayu. Merantau tu perkara biasa dan memang digalakkan merantau tidak ubah sebagaimana penduduk dari Kelantan, Terengganu pergi ke Kedah, Perlis atau sebaliknya.
Biasanya nenek untuk perempuan kan? Tapi ni ikut bahasa Mandailing. Orang Mandailing cakapnya lembut walaupun tengah marah tapi rasanya tak ada cucu-cucunya yang mengikut. Bengkeng je...
Berguru dengan Sheikh Islam di Perak (Mufti) dan seterusnya mendapat tauliah mengajar agama. Pernah mengajar di Masjid Jamek, Kampung Baru tiap-tiap bulan dan merata-rata ke seluruh negeri. Pandai berbahasa Arab dan tajwid. Pernah mengarang buku agama tapi sekarang ni tak tau ke mana buku tu. Pernah juga mendapat jemputan bercakap di RTM.
Tak pernah mengenali nenek sebab meninggal sebelum saya lahir lagi tapi rupanya dapat tahu makanan kegemaran nenek sama dengan makanan kegemaran saya, bergedel dan goreng ikan bilis petai. Bergedel tu kira pas juga buat tapi goreng ikan bilis ni kureng sikit, tak boleh menguasainya lagi.
Arwah nenek meninggal pada Januari 1967 ketika tengah banjir besar kat Perak kerana sakit jantung, batu karang dan darah tinggi ketika umur 60-an. (kalau kat Kuala Kangsar tu banjir besar tu telah menenggelamkan separuh jam besar kita tu - saja nak tunjukkan seluruh Perak memang banjir besar ketika itu)
Al-Fatihah untuk Allayharham Mohamed Salleh bin Bijan dan untuk Pah saya juga Allahyarhamah Fatimah binti Isa.