Tuesday, February 8, 2011

Kek Aiskrim

Cuti Raya Cina ramai yang balik so kenalah makan special sikit. Dah lama nak buat kek aiskrim tapi asyik tertangguh je. Kalau baca resepinya macam senang je. Memang senang pun, tapi kalau dah tak mengikut apa chef tu kata, idak la berapa jadi tapi tak kisahlah..makan sendiri.

Resepi dari buku ni:
Tajuk: Langkah Demi Langkah Bersama Chef Anuar
Penerbit: Berita Publishing Cetakan 2006
ISBN 978-967-969-540-3
Harga Semenanjung: RM14.90
Sabah/Sarawak: RM17.90

Sediakan kek span segera terlebih dahulu

Bila dah sejuk kek tu..baru masukkan aiskrim. Kena buat cepat-cepat.

So kalau nak makan petang, kenalah buat pagi. 5 jam tu nak tunggu beku betul-betul.

Saja nak test tempat kek baru, macam ice box tu tapi bentuk bulat, ngam-ngam letak sebiji kek. Sesuai nak bawak cheese cake kalau jalan jauh.

Tak pernah makan kek aiskrim sebelum ni jadi tak pasti memenuhi piawaian ke tak ni?? Chef kata letak satu kotak aiskrim, tapi saya letak setengah kotak je...kalau letak satu kotak mesti lagi best nampaknya. Next time pulak.

2 comments:

Mummy Eda said...

Wahhh! Nakkkkk!!! Setengah kotak jer aiskrim pon tak per ;-P

zarina said...

balik nanti kabole..blehla buat :)