Monday, February 21, 2011

Kepesonaan Coklat

Mak saya suka beli buku dan majalah. Kalau pergi pasar tu, tengok-tengok dah hilang...ambil kesempatan pergi kedai majalahlah tu. Hehehe. Buku ni mak beli, teragak-agak juga dia nak beli kot-kot saya dah ada tapi beli jugalah sebab tinggal satu je. Kalau dah ada jual je kat orang lain. Dalam fikirannyalah. Rupa-rupanya memang saya tak beli lagi. Terima kasih mak.

Tajuk: Kepesonaan Coklat / Chocolate Temptations

Penulis: Wendy Kor & Clement Lim

Penerbit: Penerbitan i rasa, Selangor Tahun Cetakan:Jan 2011

Muka surat: 71 halaman

Harga: W/M RM 15, E/M RM 18.00, Singapore S$10.00

ISBN:983-42216-6-9

Sinopsis: Coklat merupakan kegemaran ramai. Coklat membantu menenangkan fikiran setelah penat bekerja. Semua resepi yang dikongsi di dalam buku ini, pasti dapat memberi idea dan kepuasan kepada penggemar coklat. Langkah demi langkah yang ditunjukkan menjadi lebih mudah untuk diikuti dibantu oleh gambar-gambar yang jelas dan terang. Sememangnya buku ini boleh dijadikan panduan tepat untuk anda menghasilkan coklat yang lazat untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan.

Komen: Satu lagi pilihan buku coklat dalam dwi bahasa (BM & BI). Kadang-kadang, bila baca BM lagi tak faham sebab alih bahasanya kita jarang dengar. Bila tengok bahasa Inggerisnya barulah faham. Contoh, chocolate tempering dalam BM rupanya penyepuhan coklat.

Bukan kesemua resepi ditunjukkan langkah demi langkah. Tapi walaupun dalam 10 resepi sahaja ditunjukkan langkah demi langkahnya tapi kita boleh pratikkannya untuk semua. Menarik juga kerana ada resepi lain dari buku coklat yang dalam simpanan saya sebelum ini. Antara yang menarik, Coklat Bonbon, Coklat Kelapa Hawaii (kelapa Hawaii ni sedap bila dipanggang, terasa lemaknya), Rocher Macadamia (macam Ferero Roche je bila tengok langkah demi langkahnya), Trufel Gerhana dan Kotak Coklat.

2 comments:

Cendana Kasih said...

suka beno ko membeli buku yer...bagus2... naik sikit industri penerbitan di Msia...

weii...BMI aku normal laa...idak kurus idak gemuk..hehehe...ko mula ler ngata aku tuhh....

zarina said...

aik marah??hehe..so udah2 la tu berdietnya