Wednesday, February 23, 2011

Paloh


Baru-baru ni ke Paloh, Johor. Tempat bersejarah tetapi tak ingat sejarah apa. Cuma ingat ada cerita Paloh yang dilakonkan Janet Khoo sebagai watak utama. Tapi cerita apa tetap tak ingat. Begitulah, masuk bab sejarah negara selalunya lupa. Bila sepupu kata, komunis...ohhh mesti ada berkait dengan cerita Bukit Kepong gak ni.

Patah balik ke tahun 1948 ...

Pada tahun 1948, Parti Komunis Malaya (PKM) telah memberontak. Pihak komunis merancang untuk melaksanakan tiga langkah utama.

i)Melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan cara memusnahkan sumber-sumber lombong dan pusat-pusat ladang getah, serta merosakkan landasan kereta api.

ii)Menubuhkan wilayah-wilayah bebas yang bakal dikuasai oleh komunis mengikut undang-undang mereka sendiri.

iii)Melancarkan satu revolusi melalui ‘Tentera Pembebasan’ yang akan menyatukan semua wilayah bebas tadi.

Mereka mula melakukan pelbagai keganasan untuk melumpuhkan ekonomi negara dan menakutkan orang ramai. Kemuncak keganasan mereka adalah pembunuhan tiga orang peladang Eropah di Sungai Siput, Perak.

Oleh itu pada 18 Jun 1948, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengisytiharkan darurat di negeri-negeri Perak dan Johor. (Sumber: Buku Sejarah Malaysia STPM)

Ok sikit2 cukuplah buat masa ni..hargai kemerdekaan.

Tahun ni banyak sekali jemputan walimatulurus dari utara ke selatan. Insya-Allah akan memenuhi undangan. Konon-konon orang pentinglah tu..ahaks..Meraikan saudara-mara dan harap-harap murah rezeki diaorang order coklat nanti..hehe.

3 comments:

Cendana Kasih said...

Assalamualaikum...pekabo weh..rindu kat ko..

eh, citer Paloh tu buat kat rumah aku ler..kat Salak..Janet dan Namron tumpang tido kat rumah aku.. yang adegan stesyen keretapi tu, anak buah aku pun ada berlakon gak, jadi penumpang ketapi...hehehe....

eh..bila nk datang KL ni..lama dh tak gader2..gossip2....bulan 3 ni kami nk g Cameron, kalo free moh ler joint. Dapat sehari pun jadi ler.. hotel dan makan ditanggung, ko datang jer,.

zarin said...

thanks for the info
memang tk tahu pun sblm ni...filem tu pun dah lupa dah camner citernya

zarina said...

Noorma: La ye ke berlakon kat Salak? Awat ko tak heboh..
Bln 4 insya-Allah ada kat KL nanti blh lepaking...hehe...bln 3 sepupu aku kahwin..driver vvip ni..wajib pergi :)

Zarin: orang pun lupa gak camner citernya..dulu tak berminat nak amik tau