Thursday, February 24, 2011

Pushing The Envelope

Dah sampai KL mestilah tak lepaskan peluang pergi Amcorp Mall. Masa LRT mula-mula beroperasi dulu, saya dan kawan-kawan selalu dok ulang-alik dari stesen Universiti ke Taman Jaya. Kenangan gamaknya menyebabkan suka pergi ke sini especially hujung minggu sebab ada flea market. Ada jual barangan hasil dari kain felt, handmade polimerclay yang sangat menarik dan macam-macam lagilah boleh jamu mata. Mestilah tak sah juga kalau tak masuk Book Xcess.

Zaman beli dan baca novel dah berlalu. Sekarang ni lebih suka buku yang banyak gambar dan mesti pergi ruangan hobbies & craft. Lagipun baca novel panjang sangat, banyak kerja nak buat. Kalau buku kraf ni cepat sikit habis dan boleh rujuk bila-bila masa.

Judul:Pushing the Envelope: crafty packaging for cards of all kinds

Penulis: Marthe Le Van

Penerbit: Lark Books, New York Tahun Terbit: 1st Edition 2009

Harga: RM19.90

ISBN: 978-1-60059-3987

Sinopsis: Why should what's tucked into an envelope get all the attention? Especially when one-of-a kind, handmade envelopes can make great first impressions. Celebrating the creative potential of this overlooked but essential object, Marthe Le Van shows how to create 36 inspired versions in all shapes and sizes. The simplest projects involve embellishing store-bought envelopes with a wide range of surface treatments such as collage, painting, stamping, stenciling, sewing, and beading.

Kebaya ni membuatkan mak saya tertawan. Banyak juga borong pelekat peti ais kat sini..hehe.

Ahad bayaran parking RM2 per entry. Lor selama ni park kat luar je, ikut jam tak pernah masuk dalam bangunan tu. Baru ni tau.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam zarina, ko beli fm kebaya tue kat amcorp kerr? cantik lerr

zarina said...

haah kat amcorp..tingkat bawah sekali, turun je tangga nampaklah..ko memang suka fm, kan..banyak gak cantik2 :)