Macam pelik sikit tengok mak masak lauk ni. Selalu, bunga kantan jadi sampingannya masa masak kuah laksa atau asam pedas. Yang ni pulak dia jadi watak utamanya. Bahan-bahannya sama sahaja macam masak lemak cili api cuma tak payah taruh asam keping sebab memang dah masam. Gunakan udang kecil sebagai bahan perencah.
Takde rasa macam makan masak lemak cili api, dah rasa macam makan laksa je.
Kalau masak, kita ambil kuntumnya...jangan pulak ambil yang kembang tu.
Cak!
Tak sangka bunga kantan ni sebenarnya cantik, selalu tengok kuntum je tak sempatlah dia kembangnya. Bila dah banyak bunga kantannya sampai tak termakan-makan kembanglah jadi bunga dan kita boleh buat bunga hiasan di meja makan.
Guna daun pandan sebagai tambah seri. Daun pandan ni sengaja dipatah-patahkan. Senilah sikit nampaknya, kan.
Mak saya punya gubahan. Eric Leong sila beri pandangan :)
6 comments:
zarina nampak ceria ler meja makan kooo
Ciki...ada anak bunga kantan tak? jenuh aku cari tak jumpa...kalo ada, nanti masa datang KL, tolong bawakkan...haaa...skali bunga kantan tu yer... hehehe....
CK: mak oii banyaknya pesanan..hahaha..ok nanti aku bawak..
aku pun nak pesan...bawa la apa2 yang patut dlm usaha utk menggembirakan aku
pasai pe ko remove satu comment tuh?
aku datang pun dah cukup menggembirakan ko kan? hahaha..
bukan aku yang remove komen tuh la..sapa yang tulis dia remove sendiri..aku pun tak tau
Post a Comment