Friday, April 1, 2011

Tazkirah Jumaat


Tadi pergi mengaji. Ustaz membicarakan topik ‘Apa yang kita hendak dalam hidup untuk kebahagiaan?’ Menjurus kepada bab kaum wanita sebab yang mengajinya semua muslimat.

Banyak NGO , ketua jabatan, menteri sekarang di kalangan wanita yang memperjuangkan hak wanita, untuk nak sama rata dengan lelaki. Adakah mereka ini tahu apa yang sebenarnya diperjuangkan.

Ustaz ni membangkitkan tentang sekarang ni banyak benar iklan tuala wanita dalam tv sampai dia sendiri naik segan menengoknya. Kerana nak ikut acuan barat hilang sifat perempuan yang sepatutnya pemalu. Hmm betul juga kata ustaz ni memang banyak iklan ni sekarang, pelbagai jenama dan semuanya mengiklan kalau pakai ni akan memberi keyakinan. Malah dari segi pembungkusan pun semuanya mahu yang cantik dan menarik. Ingat lagi awal-awal dahulu masa beli tuala wanita kat kedai runcit , dia siap balut paper lagi tapi ntah masa bila zamannya kita beli pun macam tak hairan je (mungkin zaman tengok 3R rasanya).

Sepatutnya, NGO, ahli politik, menteri wanita yang berpangkat besar ni memperjuangkan hak wanita dari segi hak bersalin. Terlalu sikit doktor pakar wanita kat hospital ni . Takkah memalukan, kita bertudung dan menutup aurat tapi bila bersalin doktor lelaki yang menyambutnya.

Malah sepatutnya perjuangkan wanita yang dieksploitasi selama ini. Wanita sekarang bebas sangat dari segi pakaian dan tingkah lakunya. Sedangkan Islam mengangkat martabat wanitanya dengan menyuruh pakai elok-elok, cantik-cantik.

Ustaz juga menyarankan, ibu-ibu kena tanamkan dalam diri anak-anak duduk di rumah lebih baik dari duduk di luar. Tengok mak-mak kita zaman dahulu, waktu petang siap ada kuih. Jajan pun siap tersedia kerepek-kerepek tak payah nak beli kat luar. Sampai anak-anak tak payah cari apa-apa lagi di luar. Anak-anak yang banyak rosak sekarang ni sebab duduk di luar lagi seronok dari duduk di rumah. Kawan-kawan di luar lebih menghiburkan dari ibu bapa dan adik-beradik di rumah.

Kesimpulannya, fikir balik apa yang kita hendak dalam hidup untuk kebahagiaan. Betul atau tidak apa yang kita perjuangkan selama ini dan adakah selaras dengan Islam?

3 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam, budak2 skg kalau weekend tak bawa keluar mula ler buat hal. cam ner tueee

Cendana Kasih said...

Pandangan aku : dok rumah tu kena la belajar2 buat kuih, masak itu ini...nanti dh bersuami dan ada anak, senang masak, tak payah beli lagi... kalo banyak masa, boleh komersialkan...hehehe....

zarina said...

BSB:budak2 kecik takpelah sebab kita yang bawa dia keluar..ni yang remaja2 kan lebih suka berkawan2 ni..takut tersilap pilih kawanlah.

CK: ko semua bleh masak..tu sebab jebat duk kat rumah je :)