Merupakan wangian tradisional daripada daun pandan. Untuk majlis kahwin selalunya digunakan ketika menyambut kedatangan mempelai (renjis-renjiskan) dan sewaktu menepung tawar. Kadang-kadang dijadikan hantaran juga. Masa nilah nak tunjukkan bakat camne nak letak bunga rampai tu. Ada yang letak dalam gelas kecil atau bakul kecil je. Kalau tak silap biasanya bilangannya ganjil, 5 atau 7 biji gelas. Sekarang ni lebih banyak diganti dengan potpourri moden, alah yang daun-daun kering berwarna-warni tu dan ada wangian lavender dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya dalam kamus BI, potpourri bermaksud campuran bunga mawar yang kering dan rempah, disimpan untuk bau wanginya. Ohhhh tak pernah la pulak tau maksud sebenarnya selama ni!
Kalau nak buat bunga rampai kena hiris halus-halus daun ni. Elok sekali kalau guna pisau lipat yang baru, mesti cantik je hasilnya. Hiris sekali daun limau purut. Lepas tu taruh bunga-bungaan yang wangi macam ros, melur dan kenanga. Taruh sikit minyak wangi yang baunya lembut supaya lebih tahan lama. Jangan banyak sangat, nanti hilang pulak bau pandannya. Untuk bagi warna menarik lagi hiris bunga kertas, halus-halus jugak. Colourful tu.
Kalau untuk kematian, daun pandan ni dipotong besar-besar dan kebiasaannya orang yang memotong itu akan bacakan selawat, al-Fatihah dan surah-surah lazim semasa memotong tu. Mungkin juga untuk disedekahkan kepada orang meninggal tu.
Daun pandan selain dibuat bunga rampai banyak lagi kegunaannya, masukkan dalam beras supaya nasi yang dimasak jadi wangi. Carik dua tiga helai dan simpulkan. Boleh juga digunakan untuk halau lipas. Carik-carik daun tu lepas tu letak dalam almari. Bila dah kering gantilah dengan yang lain.
2 comments:
bilalah plak rumah pakcik Zainal Abidin tu nk memotong daun pandai untuk dibuat bunga rampai...aku dh teringin nak makan nasi minyak ni..hehehe....
teman pun tak tau la cik oii :)
Post a Comment