Thursday, June 2, 2011

OKU

Jika anda mengalami masalah berkaitan bahasa dan tak tahu mana nak tanya, boleh tanya di DBP. Kalau nak cepat, telefon je. Boleh juga e-mel ke ruangan khidmat nasihat dan daftar di sana.

Soalan : Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering disebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula diguna pakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat letak keretanya.

Jawapan : Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan.

Baru puas hati. Dah lama nak tanya sebenarnya.

4 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

kira nyer makna OKU (org kurang upaya) pun boleh pakai lagi lah ekkkk

zarina said...

ikut DBP memang org kurang upaya

zilah mohamad said...

so, OKU tuyh bkn orang kurang upaya la???? plzz i need to know diz...thanks

zarina said...

OKU tu memang dimaksudkan untuk orang kurang upaya, tapi sekarang ni banyak yang pakai orang kelainan upaya mungkin supaya orang OKU tidak merasa rendah diri. Soalan tu saya tanyakan kepada DBP, dan jawapan tu diberi oleh DBP. Boleh tengok laman web DBP dan boleh tanya apa-apa soalan mengenai bahasa di situ ya zilah :)