Saturday, October 15, 2011

Ayat-ayat Syifa (penyembuh) dan Adab Menziarah Orang Sakit

Baru-baru ini, menziarahi mak cik yang sedang sakit. Semoga Wan cepat sembuh. Ketika inilah kami benar-benar menggunakan fb group. Tanpa perlu kita bertelefon bertanya apa khabarnya, kami menggunakan fb untuk meletakkan status terkini. Mujurlah saudara mara memang majoritinya pengguna fb. Maklumat dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat.

Di saat ini rasanya ramai ibu bapa yang bersyukur mempunyai anak sekurang-kurangnya sepasang (lelaki & perempuan) untuk menjaga/menunggu di hospital. Kesian warga emas di rumah orang-orang tua. Memanglah ada orang yang menjaganya tapi kalau ada anak di sisinya tentu lebih bahagia. Betul tak?

Ayat-ayat syifa boleh dijadikan amalan untuk menyembuhkan penyakit. Antara ayatnya:

Menziarah orang sakit pun ada adab-adabnya:

  1. Jangan duduk terlalu lama di sisinya kerana duduk terlalu lama itu membawa kepada jemu si pesakit itu.
  2. Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana ia merasakannya.
  3. Doakan untuknya seperti dikatakan, "Ya Tuhanku, afiatkanlah / sihatkanlah sahabatku ini," atau dikatakan baginya, "Semoga Allah menyembuhkan saudara dengan segera."
  4. Nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai dugaan semata-mata.
  5. Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.

Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat, Dato’Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid, Telaga Biru, Kuala Lumpur.

Bagi saya sendiri, saya suka hadiahkan majalah sebagai buah tangan kerana ramai orang dah bawa makanan. Pilihan majalah pun ada kriterianya. Masa kawan saya demam denggi, tak teruk sangatlah keadaannya, boleh gelak-gelak lagi. Jadi saya hadiahkan Gila-gila untuk hilangkan bosan. Untuk yang baru dapat baby, biasanya saya bagi majalah Pa&Ma, Keluarga atau yang jenis keibubapaan. Bagi orang yang berkerjaya selalunya Jelita, Wanita atau Nur. Untuk orang yang suka memasak/makan, pilihan terbaik Rasa, Saji dan Sedap. Buah tangan pun bukan untuk orang sakit aja tapi untuk orang yang menjaganya. Tapi dinasihatkan beli dulu kat tempat lain sebab bila dah sampai hospital, ada kedai yang tak jual majalah yang kita nak tu.

Saya suka pilih hadiah untuk birthday, kahwin atau apa-apa ajalah. Nak bagi hadiah pun bukan main beli aja, kena letak ‘hati’ dalam tu. Jadilah hadiah kita tu bermanfaat. Tapi agak susah nak pilih hadiah untuk orang yang bergaji besar. Semua barang rasanya dia mampu beli. Kalau macam tu terpaksalah beri hadiah yang dibuat sendiri. Barulah ada keistimewaannya. Tapi yang tu kena tengok kerajinannya pulak... hehehe.

3 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

bsb selalu beri buah2an jerrr..

zarin said...

thanks for sharing dear

zarina said...

perkongsian untuk manfaat bersama