Friday, October 21, 2011

Pajeri Nenas

Didedikasikan kepada Mek Su di Sect 14 dan Cik Lea di PJU dengan ucapan semoga berjaya membuat pajeri. Kawan saya suka sangat bertanya perihal masak-memasak ni dekat saya, padahal 2 x 5 je ngan dia. Mungkin kelebihan saya rajin mengkhatam buku resepi, menyalin resepi dan menengok tv rancangan masak dan makan. Ya itulah gunanya membaca dan tengok tv sebab boleh berlakon macam tau semuanya padahal kalau disuruh praktikal mahu hancus juga jadinya tu hehehe.


Mula-mula, pilih nenas. Pilih yang hijau kekuning-kuningan. Bukan yang kuning...tu namanya dah masak sangat..masak apa pun tak sedap sebab dah benyek. Bukan juga yang hijau sebab tu namanya muda sangat..camne nak masak pajeri.

Potong mata nenas tu macam buat inti tart. Dan potong lah nak tebal mana pun. Oppss jangan lupa buang empulurnya. Ha yang kat tengah-tengah tu.

Bahan-bahannya: Halia, bawang merah dan bawang putih tumbuk dan campur dalam rempah kari daging (sepeket kecil) yang sudah dibancuh dengan air. Bawang merah dan bawang putih hiris yang ni untuk tumis. Kulit kayu manis sikit, bunga lawang dan bunga cengkih, minyak sapi, santan, kerisik, udang kering, gula Melaka yang dibeli di Perak..hehe..Perak terkenal dengan gula kabungnya, takde la pulak nak promote kat sini. Kerisik dan air tu untuk membasahkan tekak. Tetiba termasuk pulak dalam gambar.

Sebelum ditumis bahan-bahannya. Nenas dimasak dengan gula dalam 2 sudu dan masuk air sikit. Ni petua nak bagi rasa lagi sedap. Kalau nenas tu masam, jadilah sedap bila dah buat macam ni. Masak sampai dah layu sikit dan ketepikan.

Pakai minyak sapi memang baunya sedap lagi, minyak biasa pun boleh, biasanya campur dua-dua. Tumis bawang merah dan putih yang dihiris tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Bila dah kuning masuk rempah tadi. Biar hingga bangkit bau dan kering sedikit rempahnya. Lepas tu masuk nenas dengan air gula tadi sekali, gula Melaka, udang kering-Pah saya cakap orang Perak je taruh ni. Santan pekat dan air sikit, dan kerisik. Pajeri mesti kuahnya pekat. Garam jangan lupa nanti jadi masak pengat pulak. Biar masak sampai pecah minyak.


Makan pajeri ni sedap lawan dengan ikan masin. Hmm ikan masin yang rasa sedap atau pajeri yang jadi sedap..hmmm ha korang cubalah sendiri.

Tetiba hari ni, jiran datang bagi lauk. Sekali pajeri nenas jugak. Hahaha antara jiran pun ada chemistry bukannya orang bercinta je tau.



No comments: