1. Nur keimanan yang memancar di wajah dengan taat kepada Allah dan Rasul.
2. Akhlak yang terpuji. Wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara itu. Seandainya wanita itu rosak akhlaknya, maka mundurlah negara.
3. Ilmu pengetahuan untuk jadi wanita yang bijaksana.
4.Isteri idaman suami- Isteri perlu mentaati suami kerana:
a)Perintah Allah
b)Kedudukan suami sebagai pemimpin
c)Kewajipan isteri
d)Untuk mendapat pahala
e)Memburu keredaan Allah
f)Menjauhi azab api neraka
5. Senyuman manis buat suami tercinta- kita menggunakan 14 otot apabila senyum dan akan membuatkan kita awet muda. Manakala bila kita bermasam muka, kita menggunakan 72 otot. Mana satu pilihan anda?
6. Berhias dan berdandan untuk suami tersayang- Allah pernah menyampaikan salam kepada Saidatina Khatijah kerana berkenan akan dua perkara: tutur katanya yang lembut dan tingkah laku serta layanannya pada Rasullullah saw.
7. Meluangkan masa untuk merawat diri.
8. Hati yang dipenuhi dengan sifat-sifat terpuji. 4 racun yang perlu dihindari dalam hidup:
a)Jauhi berlebih-lebihan dalam berbicara
b)Berlebih-lebihan dalam melihat sesuatu
c)Berlebih-lebihan ketika makan
d)Berlebih-lebihan dalam pergaulan
9. Penampilan mengikut syariat.
10. Segera meminta maaf sekiranya bersalah dan bersedia untuk memaafkan.
11. Bersabar menempuh dugaan hidup.
12. Sentiasa menderma dan berinfak ke jalan kebajikan – kadang-kadang kita tidak mahu menderma kerana pengemis sekarang terlibat dengan sindiket. Tak kisahlah kalau sindiket ke tak ke kita dapat pahala. Masalah terlibat dengan sindiket tu antara dia dengan Allah.
13. Bersifat penyayang kepada anak-anak dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.
14. Mempunyai perasaan takut kepada Allah.
15. Mendapat keredaan ibu bapa.
Ustazah mengakhirinya dengan kisah anak derhaka. Kisah benar yang berlaku berhampiran rumahnya. Dengan keadaan dewan yang suram dan cara penyampaian yang menarik membuatkan seluruh dewan menghayatinya dan terasa sebak di dada.
No comments:
Post a Comment