Thursday, April 19, 2012

Perak Darul Ridzuan.

Hari ini cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang ke-84. Pastinya suasana berbeza tahun ini, sambutan ditangguhkan kerana kemangkatan Almarhum Raja Kecil Sulong Perak Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah pada awal pagi 30 Mac yang lalu akibat serangan asma. Namun bacaan Yasin dan tahlil seperti biasa setiap tahun diadakan di Masjid Ubudiah dan kelihatannya dah penuh dengan khemah untuk jamuan.


Almarhum merupakan anak ketiga Sultan Perak daripada 5 beradik iaitu Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia. Jarang melihat Almarhum di media tetapi saya masih ingat masa perkahwinan Almarhum dengan Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin. Ketika itu zaman tv ada 3 saluran sahaja jadi segala adat istiadat perkahwinan, kemangkatan memang disiarkan secara langsung kebanyakannya.

Walaupun dah belajar sejarah bertahun-tahun, bila masuk bab ‘Raja Bergelar’ yang akan mengikut giliran pemerintahan mulalah pening. Kenal Sultan dan Raja Muda je. Berikut merupakan cara penggilirannya:

1. DYMM Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Perak Darul Ridzuan - DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Alhmarhum Sultan Yusuf Izzudin Ghafarullahu-lah Shah.

2. DYTM Raja Muda Perak - DYTM Raja (Dato’ Seri) Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah

3. DYAM Raja Di Hilir Perak - DYAM Raja (Dato’ Seri) Ja’afar bin Raja Muda Musa

4. DTM Raja Kecil Besar Perak - DTM Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah

5. DTM Raja Kecil Sulong Perak - DTM Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah (Almarhum)

6. Raja Kecil Tengah Perak - Raja Ahmad Nazim Shah bin Raja Ashman Shah

7.Raja Kecil Bongsu - masih kosong

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum Raja Ashman atas segala jasa dan khidmat bakti Baginda selama ini. Al-fatihah.

Jenazah Almarhum Raja Datuk Seri Ashman Shah dibawa penuh penghormatan menggunakan pedati khas Seri Diraja dari Istana Iskandariah sebelum dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ,Kuala Kangsar, Perak.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad saw mengiringi di sepanjang perjalanan.

No comments: