Wednesday, April 18, 2012

Kenapa kita memakai tudung?

Menutup aurat, peraturan sekolah, sebab orang lain pakai tudung? Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Wardina Saffiya dalam mengendalikan forum Fesyen – yes or no?

Sangat kagum tengok Wardina. Beliau menyuruh kita menjadi seorang berilmu dan sering menganalisis. Bukannya menjadi ikut-ikutan dan al-Quran ada semua jawapan. Ayat apa yang menceritakan tentang pakai tudung? Kenapa kita solat? Persoalan-persoalan itu seharusnya kita boleh jawab jadi tidaklah termangu-mangu bila ditanya orang sama ada kanak-kanak atau non-muslim.


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang – orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

(An Nuur: Ayat 31)

Dilihat ayat yang pertama menahan pandangan, memelihara kemaluan dan bukannya semata-mata cerita tudung sahaja.

Pakai hijab (tudung) lebih mudah dari menghijabkan hati. Sama-samalah kita cuba menghijabkan hati dari perkara yang tidak baik.

Kagum juga dengan Catriona. Sebelum ni kalau tengok dia berlakon macam tak memberi kesan sahaja tapi bila dia menjadi ahli panel dan bercakap tentang perubahan hidupnya membuatkan suka pula tengok dia. Malah dapat memetik ayat-ayat dalam al-Quran. Berkat tafsir sentiasa di sisi, ia sesuatu yang harus dijadikan ikutan.

No comments: