Tuesday, July 3, 2012

Dosirak

Dapat tahu ada makanan halal di Pulau Nami dari blog-blog. So mencari-carilah di sini. Belakang restoran cina. Seberang galeri Winter Sonata.

 Kalau jumpa ni, maknanya terus je ke arah kedai-kedai makan tu.

Halal Korea

Dosirak gambar yang di atas sekali.

Dosirak  KRW 5000 (RM14) iaitu nasi, telur dan kimchi dalam bekas aluminium panas. Siap bagi sarung tangan lagi untuk kita goncang. Kena goncang kuat-kuat, dan terbalik-terbalikkan barulah kesemuanya rata.

Setelah digoncang-goncang.

Bila tamak menguasai diri, pesan kimchi pancake  KRW 7000 (RM19.60). Rasa masam-masam sikit. Sudahnya  makan 2 slices je sebab makan nasi dah kenyang dan lupa kat sini biasanya portion besar. Tapao bawa balik.


2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

pancake kimchi tue sedap ker?selalu nampak kat dlm citer korea..hehee

zarina said...

sedap, tapi kimchinya masam sampai pejam-pejam mata makannya :)