Nasib baik dia letak sign board di hujung jalan, kalau tak, tak nampak. |
Dari Tanjung Piai, rancangannya nak
bermalam di Melaka. Hajat tak sampai, hujan lebat, gelap malam, tak nampak
jalan, risaulah pulak. Dalam perjalanan tu dah tengok-tengok tepi-tepi jalan
kot ada hotel bajet. Tapi ada homestay je. Mahal tu. Sementara masih larat,
drive sahaja dan akhirnya sampai di Muar. Hemm pusing-pusing-pusing-pusing tak
nampak hotel bajet. Ada hotel besar yang rasanya di luar kemampuan.
Alhamdulillah dalam dok pusing beberapa kali tu jumpa hotel ni. Hemm bilik
nampak baru. Wah suka, suka RM68 semalam. Selesa. Semua kelengkapan ada cuma
tak larat nak naik, banyaknya la tangga.
Dari bandar diraja Kuala Kangsar ke bandar diraja bandar Maharani |
Masa sampai malam tu memang nampak pintu gerbang ni. Esok paginya ingat nak carilah nak bergambar, so tanya orang tempatan. Lor derang sendiri tak tahu kat mana. Mungkin tak faham soalan??? Akhirnya pusing-pusing jumpa juga. |
Sempat bersarapan di Muar. Mencari
gerai yang jual mi bandung Muar. Tak jumpalah pulak. Last-last makan roti canai yang
boleh dapat di mana-mana negeri juga. Hai tak merasa makanan istimewa di sini.
Lagi pun sarapan, ada ke pagi-pagi orang jual mi bandung?
Menarik gambar mahkota di bulatan ni. |
Menurut sejarah, nama Maharani
mengambil sempena nama Sultanah Fatimah kerana pada tahun itu (1884) Sultan Abu
Bakar masih memakai gelaran Maharaja dan Sultanah Fatimah bergelar Maharani.
Hanya pada tahun 1886, apabila upacara pertabalan dilangsungkan, Maharaja Abu
Bakar memakai gelaran Sultan dan Maharani Fatimah bergelar Sultanah Fatimah.
(Sumber: 707 Kisah dan Fakta Raja
Melayu, Kerabat dan Pembesar, oleh Ghulam Jie M Khan)
2 comments:
jgn lupa makan mee bandung muar..
tak sempat bsb, tak jumpa. Nak beli paste me bandung ni pun lupa gak
Post a Comment