Lepas ke Kota Johor Lama, kami
menuju ke Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak dekat bandar Kota
Tinggi. Dalam perjalanan, kami terjumpa Muzium Kota Tinggi. Sekali nak masuk,
rupanya renovate ( Dis 2013). Membuat kesimpulan sendiri, agaknya muzium
kerajaan negeri semuanya tutup untuk dibaik pulih kot sempena Tahun Melawat Malaysia.
Cuma muzium yang diuruskan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti sahaja boleh
dilawat.
Makam Sultan Mahmud terletak di sini |
Petunjuk kedudukan makam. Makam Sultan Mahmud terletak di tengah-tengah dan besar berbanding yang lain. |
Senang juga nak cari Makam Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang ni, sebab papan tanda jelas di sepanjang perjalanan. Terletak
di Kampung Makam, lebih kurang 3km dari bandar Kota Tinggi. Baginda Sultan
Mahmud diputerakan pada tahun 1675 dan mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama
(Laksamanan Bentan) pada hari Jumaat, Ogos 1699. Baginda merupakan keturunan
terakhir Raja Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja
pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530.
Maka berakhirlah pemerintahan
kerabat Kesultanan Melaka dan digantikan dengan keturunan Bendahara.
Masa melawat Muzium Kota Johor Lama, ada ditayangkan dokumentari fasal makam ni dan diberitahu ada juga Makam Kucing Bertanduk. Masing-masing peringat, “kena pergi ni, special pula ada kucing bertanduk. Jangan lupa!” Sekali bila dah sampai dekat situ, hemm tiga-tiga orang pun tak ingat. Dah balik dari Kota Tinggi baru teringat, aik bukan ke kita nak melawat makam kucing bertanduk? wawawa rugi
Gambar dari laman web kota tinggi |
Ni sumber dari laman web kota
tinggi:
Makam Kucing Bertanduk.
Pada zaman pemerintahan Sultan
Mahmud Shah II, baginda ada memelihara seekor kucing. Kucing ini amat disayangi
oleh baginda. Ia merupakan seekor kucing biasa tetapi dikatakan mempunyai
sepasang tanduk kecil pada bahagian atas kepala.
Ada sumber mengatakan kucing ini
dinamakan baginda ‘Si Comel.’ Kucing in suka berjalan meniti dari bumbung ke
bumbung rumah dan gemar memakan sayur-sayuran.
Keistimewaan yang cukup dikagumi
ialah mampu mengesan musuh-musuh yang bakal datang menyerang Kota Tinggi.
Kucing
istimewa ini telah mati secara tiba-tiba seminggu sebelum baginda mangkat.
Baginda amat dukacita lalu menitahkan 'mengebumikan'. Dua biji batu berbentuk
bulat diletakkan di atas kubur sebagai batu tanda.
2 comments:
teringin nak tengok kucing bertanduk...
tu lah, itu yang kitaorang nak tengok, boleh terlupa la pulak. Rugi
Post a Comment