Nama sebenar baginda ialah Bendahara
Tun Abdul Majid Tun Habab (Habib) Padang Saujana Johor. Beliau menjadi
bendahara semasa zaman Sultan Ibrahim Shah I dan jawatannya diteruskan semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Syah II. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor
ke-11 selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah II yang tidak meninggalkan waris.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Baginda telah
memindahkan pusat pemerintahan Johor dari Kota Makam Tauhid ke Kota Panchor
pada 1700.
Keturunan Bendahara Tun Habab Abd
Majid ini telah memperluaskan lagi kuasa Empayar Kesultanan Johor. Anakanda
baginda, Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu yang pertama. Keturunannya
berterusan sehinggalah ke hari ini. Tunku Tengah, Puteri Sultan Abdul Jalil
Shah IV berkahwin dengan Daeng Perani, putera salah seorang daripada anak raja
Bugis lima bersaudara yang masyhur keturunannya menjadi Sultan Johor sekarang.
Tun Abas, putera Sultan Abdul Jalil Shah IV menjadi Bendahara Seri Maharaja
Pahang. Keturunannya menjadi Sultan Pahang hingga ke hari ini. Oleh itu,
salasilah keturunan raja-raja dan Sultan yang memerintah Johor, Pahang dan
Terengganu sekarang ini adalah berasal daripada Sultan Abdul Jalil IV
(Bendahara Tun Abd Majid Tun Habab Seri Maharaja Padang Saujana).
Berdekatan Sultan Mahmud Mangkat
Dijulang ada dua makam bersejarah yang patut dilawati tapi kami jumpa yang ini
saja. Dah ikut papan tanda tapi tiba-tiba hilang begitu saja arah jalannya.
Al-Fatihah |
2 comments:
kalau sebut kota tinggi..saya teringat air terjun kota tinggi.
BSB, cuba bawak anak2 p melawat makam ngan muzium pulak. Subjek sejarah kan diwajibkan lulus nanti, kan?
Post a Comment