25-28 Disember akan diadakan hari memperingati tsunami. |
Belum pergi ke Mekah, dapat pergi ke serambinya sahaja pun
tak apalah. Aceh dikenali sebagai Serambi Mekah. Tanpa tsunami pun Aceh mempunyai ‘kekuatan’
sejarah tersendiri tapi siapa pula yang rajin nak melawat tempat-tempat sejarah
ni, kan.
Ingat lagi masa belajar sejarah dulu, kalau cerita fasal
sejarah Melaka mesti ada juga disebut kerajaan Aceh yang kuat dari segi mengembangkan Islamnya.
Begitu juga kalau dalam subjek Sastera ada juga diceritakan kisah kerajaan Aceh
ni. Malangnya dulu tak nak belajar rajin-rajin bila sekarang dapat pergi
tempatnya tetapi tak dapat nak kaitkan sejarahnya. Huhuhuhu.
26 Dis 2014 akan datang ni genap 10 tahun kejadian tsunami.
Mengikut poster yang terpampang di situ, sempena memperingati kejadian tsunami,
pada 25-28 Dis ini akan diadakan bacaan doa bersama Ustaz Syeikh Ali Jabar,
ekspo kebencanaan, karya kreatif Aceh, fotografi dan larian. Mengikut pemandu pelancong kami, booking penuh hingga awal tahun depan. Mungkin juga ramai yang datang sebab nak
tengok Aceh selepas 10 tahun.
Masjid Raya Baiturrahman |
Di sepanjang jalan dari airport ke bandar, banyak jumpa masjid sesuai dengan Acheh yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Di Acheh ada Hotel Madinah, jalan depan sikit Hotel Mekah dan depannya lagi ada masjid. Cukup dah buat umrah hehehe. Berkesempatan solat maghrib di masjid. Tak pernah langsung melihat pemandangan Muslimah datang solat berjemaah di masjid dengan begitu ramai sekali. Kalau Ramadan tu biasalah. Nak ambil wuduk siap kena Q nak masuk dalam, sesak dan padat. Masing-masing mengejar untuk solat berjemaah. Lepas solat ada juga yang duduk di situ mengaji al-Quran dan mungkin menunggu solat Isyak
Kuatnya tsunami itu boleh dilihat apabila kapal yang seberat
2600 tan pun boleh terseret lebih kurang 5km. Kubah masjid juga boleh
‘tercampak’ di tengah sawah dan bot ‘tinggal’ di atas rumah. Kekuasaan Allah
dapat dilihat bila seluruh kampung musnah tapi hanya nampak masjid yang masih
tersergam. Cuma ada sedikit kerosakan. Ramai mangsa yang ingat itu merupakan
kiamat kerana ketika itu tsunami begitu asing dari pengetahuan mereka. Kalau
gempa itu sudah biasa.
Makam Pahlawan Nasional Sultan Iskandar Muda |
PLTD Apung - Kapal seberat 2600 tan yang sedang ditambat di Perairan Aceh terseret arus lebih kurang 5 kilometer ke daratan dan terdampar di situ. Menunjukkan betapa kuatnya tsunami. |
Rumah Cut Nyak Dhien yang merupakan srikandi Aceh ketika penjajahan Belanda |
Makan tiada masalah langsung. Rasanya naik berat badan lepas
balik ni. Sedap makan dan memang kena dengan tekak kita. Maklumlah serumpun.
Setiap kali hidangan mesti ada keropok belinjau dihidangkan sekali dan memang
kena beli lah bawak balik sebagai souvenir.
Kalau nak membeli-belah boleh di Pasar Atjeh. Tapi tak menarik
sangatlah, telekung, tudung bolehlah beli sikit-sikit. Saya memang kurang
membeli. Masalah kalau pergi Indon ni nak kira duit, pening ribu-ribuan gitu.
Siap pembeli tu cakap “duitnya susah dikira ya” bila tengok saya terhegeh-hegeh
mencari duit. “Banyak sangat kosongnya.” So tu yang ramai penjual siap beritahu
duit Malaysianya berapa supaya senang nak buat bandingan. Masuk toilet pun dah
seribu. Hehe. Sebenarnya senang je nak ingat Rp10 ribu 2.88 kira RM3 sahajalah
. Rp100 ribu = RM 30 tapi bila datang lagi beribu-ribu tu pusing gue.
2 comments:
eh eh eh... takde gosip apa2, tiba tiba dah ke acheh
seperti biasa :) tapi fridge magnet tak de tau...tak cantik so tak beli
Post a Comment