Saturday, November 26, 2016

Mentaliti Jamban


Tajuk: Mentaliti Jamban

Penulis: Khairul Abdullah

Penerbit: Komrad Buku    Cetakan Pertama: Mac 2016

ISBN: 978-967-13700-4-9

Harga:RM 25.00 Semenanjung Malaysia  RM28.00 Sabah&Sarawak

M/s : 205 halaman

Komen:
Sekarang ni semua buku tajuknya macam-macam lebih-lebih lagi banyaknya penggunaan bahasa pasar atau slanga. Kalau ikut standard DBP kiranya memang tak lepaslah tapi dengan kebangkitan penerbit-penerbit baru/ underground (?) tajuk-tajuk sebegini  memang banyak di pasaran. Terjangkit pula dengan tajuk-tajuk drama tv atau filem. Maklumlah, ceritanya pun adaptasi daripada novel.

Dunia sekarang, serba pantas, serba mudah, semua pun cakap lepas, susah nak dengar ayat-ayat indah yang penuh jiwa sastera sebab dah terdedah dengan bahasa slanga sehari-harian. Itu pasallah kita pun tak boleh nak cipta simpulan bahasa atau peribahasa baru sebab semua pun nak cepat. Kalau dulu naik kereta api dekat 4/5 jam sampai. Sambil tengok pemandangan, menghayati, mulalah keluar bahasa sastera. Sekarang naik ETS, mata tertumpu dekat tv, telefon, dah tiada masa nak menghayati dunia luar. Sampai pun cepat. Semuanya macam terkejar-kejar kan? Letih
.
Mentaliti jamban, bahasa yang sering digunakan bila kita tidak puas hati tentang kelakuan seseorang itu. Ibarat otak di kepala lutut. Haish. Contoh, orang yang membuang sampah di tempat yang diletak tanda ‘Jangan Buang Sampah Di Sini’. Jika di rumah terbuka atau kenduri, semua jenis makanan pun diletak dalam pinggan, akhirnya tak larat nak makan dan dibiarkan. Tuan rumah terkulat-kulat tengok makanan yang  banyak terbuang sedangkan boleh je ambil sikit-sikit dahulu.  Mentaliti jamban namanya tu. Negara kita macam dah maju, tetapi mentalitinya tidak seiring.

Walaupun cover hadapan tidak ‘enak’ dipandang (adake letak gambar jamban ish ish ish) hehe tapi sebenarnya itu yang menarik perhatian. Ditambah pula dengan bukunya berwarna merah terang. Namun kandungannya bermanfaat. Sila baca supaya kita jangan bermentaliti jamban. Ya semua yang ditulis itu betul. Terasa juga nih.


Berjalanlah ke negara orang. Apa yang baik kita ikut. Jangan berjalan sahaja huhahuha tapi tiada pengisian. Setakat ni lawatan ke Jepun yang banyak boleh dipelajari.  Agaknya kena duduk lebih lama di Jepun supaya dapat mengubah mentaliti jamban ni hehe.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

udah lama teman idok singgah sini..apa kabo

zarina said...

kabo baik BSB :) terima kasih kerana sempat menyinggah. Mike sihat ke?