Tajuk: Mentaliti
Jamban
Penulis: Khairul
Abdullah
Penerbit: Komrad
Buku Cetakan Pertama: Mac 2016
ISBN:
978-967-13700-4-9
Harga:RM 25.00
Semenanjung Malaysia RM28.00
Sabah&Sarawak
M/s : 205 halaman
Komen:
Sekarang ni
semua buku tajuknya macam-macam lebih-lebih lagi banyaknya penggunaan bahasa
pasar atau slanga. Kalau ikut standard DBP kiranya memang tak lepaslah tapi
dengan kebangkitan penerbit-penerbit baru/ underground (?) tajuk-tajuk sebegini memang banyak di pasaran. Terjangkit pula
dengan tajuk-tajuk drama tv atau filem. Maklumlah, ceritanya pun adaptasi daripada
novel.
Dunia sekarang,
serba pantas, serba mudah, semua pun cakap lepas, susah nak dengar ayat-ayat
indah yang penuh jiwa sastera sebab dah terdedah dengan bahasa slanga
sehari-harian. Itu pasallah kita pun tak boleh nak cipta simpulan bahasa atau
peribahasa baru sebab semua pun nak cepat. Kalau dulu naik kereta api dekat 4/5
jam sampai. Sambil tengok pemandangan, menghayati, mulalah keluar bahasa
sastera. Sekarang naik ETS, mata tertumpu dekat tv, telefon, dah tiada masa nak
menghayati dunia luar. Sampai pun cepat. Semuanya macam terkejar-kejar kan?
Letih
.
Mentaliti
jamban, bahasa yang sering digunakan bila kita tidak puas hati tentang kelakuan
seseorang itu. Ibarat otak di kepala lutut. Haish. Contoh, orang yang membuang
sampah di tempat yang diletak tanda ‘Jangan Buang Sampah Di Sini’. Jika di
rumah terbuka atau kenduri, semua jenis makanan pun diletak dalam pinggan, akhirnya tak
larat nak makan dan dibiarkan. Tuan rumah terkulat-kulat tengok makanan yang banyak terbuang sedangkan boleh je ambil
sikit-sikit dahulu. Mentaliti jamban
namanya tu. Negara kita macam dah maju, tetapi mentalitinya tidak seiring.
Walaupun cover
hadapan tidak ‘enak’ dipandang (adake letak gambar jamban ish ish ish) hehe
tapi sebenarnya itu yang menarik perhatian. Ditambah pula dengan bukunya
berwarna merah terang. Namun kandungannya bermanfaat. Sila baca supaya kita jangan
bermentaliti jamban. Ya semua yang ditulis itu betul. Terasa juga nih.
Berjalanlah ke
negara orang. Apa yang baik kita ikut. Jangan berjalan sahaja huhahuha tapi
tiada pengisian. Setakat ni lawatan ke Jepun yang banyak boleh dipelajari. Agaknya kena duduk lebih lama di Jepun supaya
dapat mengubah mentaliti jamban ni hehe.
2 comments:
udah lama teman idok singgah sini..apa kabo
kabo baik BSB :) terima kasih kerana sempat menyinggah. Mike sihat ke?
Post a Comment