Masih berkenaan dengan pesta buku walaupun dah habis.
Maklumlah Pesta Buku seakan Hari Raya bagi pencinta buku, tak gitu?
Apakah kriteria utama anda dalam memilih buku yang dibeli?
Dah namanya pesta, mestilah kita berpesta-pesta bagai nak rak memilih kan. Kalau
saya, memang dah ada senarai buku yang hendak dibeli. Senarai terhasil daripada
membaca review orang ramai, follow penulis buku dan iklan yang di share di
media sosial. Namun begitu tak semestinya beli sebab bila dah tengok isi
kandungannya macam tak menarik je jadi ketepikan.
Ini je yang di dalam bajet |
Antara sebab-sebab saya beli buku ni:
1)Tulis! Jangan Takut Takut, Zamri Mohamad, Legacy Publishing
Cover menarik. Simple sahaja dengan tajuk yang besar dan ada
pulak pensil yang dijadikan chopstick untuk mengangkat kertas yang digumpal.
Isi kandungan juga menarik. Saiz buku yang mudah dimasukkan dalam beg tangan.
Maknanya kecik dan tak tebal sangat.
Walaupun orang kata, don’t judge a book by its cover tetapi
saya tetap melihat cover sebagai tarikan untuk mengambil daripada rak dan
menyelak bukunya. Lagipun, masa Pesta
Buku banyak buku lain yang hendak ditengok, cara paling mudah hendak memilih
pastinya tengok cover sahaja. Oleh itu jangan buat cover yang serabut. Less is
more.
2)Arkitek Jalanan, Teme Abdullah, Iman Publication
Buku pertama, Pelukis Jalanan dah baca jadi hendak tahu juga
cerita seterusnya. Lagipun sentiasa follow penulis/pelukis ni. Jadi memang dah
tahu kewujudan buku ini.
3)Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, Za’ba, Dewan Bahasa
dan Pustaka
Dalam FB haritu macam ada terbaca kontroversi buku ni.
Himpunan tulisan Za’ba yang tidak pernah diterbitkan pada ketika beliau masih
hidup. Ia hanya diterbitkan dalam tahun 1982 setelah himpunan tulisan beliau
ini dijumpai oleh warisnya dan diserahkan kepada DBP. Boleh google untuk
mengetahui apa kontroversinya.
4)Dudel Tarbiah, Iffah Nizar, Iman Publication
Tajuk menarik. Ia bukanlah berbentuk karangan, doodle -lakaran-lakaran
yang memudahkan kita untuk lebih memahami sesuatu topik yang berat.
5)Hidup yang Aku Pilih, Muharikah, Iman Publication
Saya memang follow doktor ni di channel telegram tapi sebab
pilih buku ni bila tengok cover belakangnya yang menceritakan keseluruhan
tentang buku ini iaitu dari kita lahir hingga kita mati. Apa yang kita nak
dalam hidup kita. Back cover juga main peranan besar ya. Jadi, penerbit sila
ambil berat juga.
6)Perang Melawan Mitos,#MedTweetMy,White Coat Enterprise
Memang follow doktor-doktor ni. Ini merupakan buku sulung mereka jadi, saya beli
walaupun isi-isinya sudah dibincangkan sebelum ini. Mitos-mitos ditangkis dengan
fakta. Dalam full colour tapi harga tak mahal. Tak rugi beli.
7)Projek Hafal Hadis,Mohd Solehah Ab. Razak,Telaga Biru
Tajuk menarik. Macam ‘berat’
je nak menghafal hadis tapi bila ada perkataan projek tu bunyinya macam senang
je hahaha. Saya memang suka benda-benda yang memberi tip ni. Tebal juga tapi
sebab beli di pesta buku ada promosi jadi tak mahal mana. Semoga berjaya
menghabiskan buku ini dan dapat menghafalnya. InsyaAllah.
8)Belajar Sendiri Faham Quran Kaedah Hafal Kata,Nadiyah Elias
PhD
Seronoknya di pesta buku, ada je yang dapat percuma seperti
risalah ini. Dapat daripada booth Legacy tetapi bukan terbitan mereka. Ringkas
dan menarik isi dalamnya. Rupa-rupanya dia ada buku juga, risalah ini hanyalah
sebahagian bab. Boleh tengok di FB Faham Quran @hafalkata.
9)Resipi Homemade, Rak Tanpa Ketuhar, Karangkraf
Buku resipi ini sebenarnya tiada dalam senarai tapi bila
diberi peluang untuk belek satu demi satu muka suratnya, memang menarik sebab
ada langkah demi langkah. Walaupun semua resipi ini boleh digoogle atau tengok
blog, tetapi pastinya buku lebih menarik untuk dipegang dan ditengok sentiasa.
Terapi juga tu, tak gitu?
Kebiasaannya, buku akan dibaca satu demi satu ikut urutan.
Memandangkan semua buku yang saya beli ni menarik, tak boleh baca satu-satu, kena
baca sekaligus. Caranya, satu bab secara istiqamah untuk semua buku setiap minggu. Alah macam
kita tengok tv cerita episod yang panjang-panjang tu, kan. Satu hari sahaja pun
dah macam-macam cerita. Jadinya kita buatlah begitu. Azamlah ni, silap-silap
sampai Pesta Buku tahun depan pun belum habis lagi baca. Fuh … inilah cabaran
selepas Pesta Buku berakhir.
No comments:
Post a Comment