Biasa
dengar,kan binatang ni ada six sense. Dia boleh tahu ada bahaya di
sekitar atau bencana alam. Dengan bangganya saya nak
beritahu kucing saya ni boleh ramal hujan akan turun. Tandanya dia akan duduk
di pintu bilik dan nak masuk. Selepas
beberapa minit kebiasaannya memang hujan turun.
Sebelum ni
memang tahu dia takut guruh. Bila dengar bunyi guruh tu dia akan menyorok bawah
meja dekat pintu bilik dan bila pintu bilik terbuka dia akan duduk bawah katil.
Entah kenapalah dia takut sangat sebab
kalau anak kucing, bila hujan nak turun dia akan gembira, berlari-larian.
Mungkin sebab tinggal dia seekor je kot jadi udah takut. Setiap kali mendung
dan angkat kain nak bawa masuk bilik, terus dia menyelit celah kaki. Tak sedar
langsung. Kadang sampai ke malam terkurung dalam bilik. Dia pulak idak nak
mengiau suruh buka pintu. Seronok juga tu dapat duduk bilik.
Namun
begitu, lately ni bila angkat kain yang dah kering, awal-awal lagi dia dah tunggu depan pintu
bilik. Eh mengada-ngada pulak tiada sebab nak masuk bilik. Gamaknya dia pulak
dah pening, kalau angkat kain maknanya hujan nak turun, jadi dia kena masuk
bilik.
Baru bangun tidur. Lokasi: bilik. |
Haha..sorry
kalau pusing-pusing. Saja nak cerita kecomelan #kuntumTheCat
No comments:
Post a Comment