Laksa,
antara makanan popular di setiap negeri. Laksa Penang, Laksa Johor, Laksa
Sarawak, semuanya ada identiti sendiri. Kuala Kangsar, Perak pun laksanya ada identiti sendiri. Laksanya
berbeza kerana diperbuat daripada tepung gandum, oleh itu teksturnya kasar dan
kenyal berbeza dengan tepung beras yang licin dan transparent je rupanya tu.
Yang berbeza laksanya sahaja tapi kalau kuahnya sama sahaja macam laksa lain. Laksa
jenis ni lebih mengenyangkan.
Resipi
sebenar laksa tu idak la teman tahu, tepung gandum semata-mata atau tepung
gandum lebih tapi campur tepung beras hehe tak pernah menanya cara membuatnya. Teman gemo makan je. Tapi boleh check di sini cara
membuatnya. Orang kuale juga.
Namun
begitu, bukan semua kedai yang ada di
Kuala Kangsar ni pakai laksa kuala ni sebabnya laksa yang ni lebih mahal daripada laksa kering tu.
Oleh kerana teksturnya yang kasar dan kenyal ni, jadi rasanya ‘masuk’ dengan
macam-macam kuah. Ok kat Kuala Kangsar ni anda boleh merasa:
1)Laksa
Kicap
2)Laksa
Goreng
3)Laksa
Tulang
Ni laksa biasa. Kuahnya memang jenis cair gini. Kalau makan laksa biasanya pekena cendol sekali. |
Ni laksa cucur. Tapi kedai tu tak buat dah. Cucur udang, campur fish ball. |
Ni laksa telur sarang..tapi yang ni laksa tepung beras ya. Nampak tak yang ni transparent. |
Laksa Tulang. Kedai ni sebenarnya popular dengan mi tulang tapi bila dia try menu taruh laksa pula, memang 'masuk' juga rasanya. Daging pun lembut je. |
Malah laksa
yang kuah biasa juga mempunyai variasi. Aksesori sampingan, telur sarang, telur
mata, fish ball/fish cake, dan boleh juga tambah peyek/serunding/bawang goreng.
Yeah!
Jika anda
masih tidak dapat membayangkan bagaimana tekstur laksa kuala tu, boleh try udon. Hehe..
sebab masa saya pi jepun, bila makan udon tu, terus teringat laksa kuala.
Sedap.
No comments:
Post a Comment