Terminal
bersepadu seperti KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memudahkan
orang ramai mengunakan pengangkutan awam yang
menyambungkan kedua-dua stesen ini untuk pergi ke mana-mana.
Bagi
pengguna bas dari utara, dulunya bas berhenti di Puduraya, dan dari situ boleh
ambil bas atau naik lrt untuk balik ke PJ. Setelah bas berpindah ke TBS lagi
mudah, ada ERL untuk ke Putrajaya/Cyberjaya atau KLIA, ada LRT untuk ke bandar raya dan ada KOMUTER untuk ke
bandar raya atau Seremban.
Oleh itu
pengguna boleh membuat pilihan sama ada nak cari pengangkutan yang lebih murah
atau mahal tapi lebih cepat. Semuanya di atas pilihan kita. Semasa saya baru
mencuba naik bas di TBS ni, saya memilih komuter untuk ke KL SENTRAL tapi setelah
3 kali naik, terpaksa menunggu lama dan
setiap kali naik juga orangnya terlampau ramai. Tak pernahnya dapat tempat
duduk. Bayangkan dengan beg besar dan orang ramai yang berhimpit. Sambil tunggu
tu tengok LRT yang di seberang dah dua
tiga kali berlepas. Penantian itu satu
penyiksaan, kali ni bijak sikit. Mula-mula, tengok jadual tren sampai di stesen komuter. Nampaknya kena tunggu 40 minit lagi. Oleh kerana lambat lagi saya
buat keputusan naik LRT.
LRT Stesen
Bandar Tasik Selatan tak boleh sampai terus ke KL Sentral sebab dia laluan lain, jadinya kita akan
bertukar tren nanti. Kalau naik komuter,
tak perlu tukar tren. Oleh itu laluannya
begini:
LRT Stesen
Bandar Tasik Selatan ke Stesen Hang Tuah
dan dari Stesen Hang Tuah tukar naik monorel (tak perlu EXIT) ke KL Sentral (keluar di Nu
Sentral) Tambang RM4.50. Naik LRT orang
tak seramai naik Komuter.
LRT Bandar
Tasik Selatan ---.> Stesen Hang Tuah ---> monorel stesen Hang Tuah ---> stesen KL Sentral
Boleh lihat di sini untuk memastikan arah laluan. |
Setelah
selesai urusan di KL Sentral, saya nak pergi ke Damansara Damai pula. Laluannya begini:
MRT Muzium Negara (dari KL Sentral juga, cuma nama stesennya muzium negara dan jalannya jauh sikit tapi masih dari KL Sentral juga) ke MRT Sg Buloh dan dari situ naik feeder bus ke Damansara Damai. Tambang MRT dalam RM3.50 rasanya. Feeder bus RM1.00
MRT Muzium Negara ---- > MRT Sungai Buloh ---> Feeder Bus
Ya itulah bersepadu kerana semuanya boleh dihubungkan. Ia memudahkan kita. Tapi kena bersenam sikitlah ya. Turun naik eskalator.
Rujuk jadual ni untuk pastikan nombor bas yang mana dan dia masuk tak laluan kita nak pergi tu. Damansara Damai, nombor bas T103. |
Bagi laluan
balik ke TBS
MRT Sungai Buloh ke MRT Merdeka dan tukar ke LRT Plaza Rakyat, tak perlu touch tiket untuk EXIT, boleh terus naik LRT ke arah Bandar Tasik Selatan untuk ke TBS. (tambang lebih kurang RM 5 rasanya. Tak ingat.)
MRT Sungai Buloh ---> MRT Merdeka ---> LRT Plaza Rakyat ----> LRT Bandar Tasik Selatan
MRT Sungai Buloh. |
MRT Merdeka bersambung dengan LRT Plaza Rakyat |
MRT Stesen Merdeka menarik juga, ada lambang dan bendera setiap negeri. Negeri Perak punya jauh la pula, tak dapat tangkap gambar. |
Kita ikut sahaja panduan papan tanda ni untuk bertukar naik lrt pula. InsyaAllah tak sesat. |
Bagi yang tak biasa, tengok dulu laluan mana. Untuk ke Terminal Bersepadu Selatan, berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan. Laluan yang berwarna maroon. |
Bagi sesiapa
yang memang mengira bajet, boleh kira-kira dahulu mana yang lebih menguntungkan.
Saya pakai kad touch n go, jadi mudah juga walaupun bertukar-tukar tren tapi
tak perlu berhenti untuk beli tiket.
5 comments:
takde tbs terus ke mrt taman connaught / cheras sentral ke?
Sha, setahu saya dari tbs tiada sambungan mrt terus ke taman connaught. Kena tukar tren juga yang bersepadu antara lrt dan mrt. Misalnya berhenti di Pasar Seni atau KL sentral. Maaf saya dah tak duduk di kl, jadi kurang ingat laluannya, kena rujuk peta panduan rapidkl juga.
Assalam. Boleh saya tahu, utk tunggu lrt plaza rakyat utk pergi ke tbs tu lama tak? Dan berapa lama perjalanan ke dr lrt plaza rakyat ke tbs? Terima kasih
LRT tunggu tak lama, 5-7 minit sahaja (tengok sama ada waktu puncak atau tidak). Saya tak ingat berapa lama perjalanan tapi dia lebih kurang 6 atau 7 stesen sahaja jadi tak ambil masa yang lama.
Tq info yg bernas trbaik k
Post a Comment