Memandangkan giliran mengerjakan haji
berpuluh tahun lagi, eloklah jika kita dapat mengerjakan umrah sekurang-kurangnya
sekali seumur hidup. Tengok orang atau artis pergi umrah setiap tahun, kan,
mudah je kan. Tambahan lagi bila cuti
sekolah ni iklan umrah berlambak-lambak. Ada yang berkemampuan dari segi duit,
tapi niat tu takde, katanya tunggu seru. Ada yang berniat sangat ingin pergi,
tapi fulusnya tiada pula. Namun
percayalah bila dalam hati kita dah terdetik nak pergi, peluang untuk pergi itu
insyaAllah ada. Banyak ruang dan peluang yang tidak disangka-sangka akan memudahkan
perjalanan.
Pertama kali pergi, risau juga sebab ini
bukan melancong tapi ibadah. Biasa pergi
melancong dengan jeans dan kasut sukan, hai macam tak kena pulak pergi umrah. Syaratnya
tutup aurat, kan. Aha, jubah dan dalamnya
jeans. Mudah nak tolak beg besar.
Seperti mana kita bersedia untuk menempuh
beribadat di bulan Ramadan. Begitu juga untuk umrah. Wajib hadir untuk kursus
umrah. Jangan ingat dapat A dalam subjek agama SPM dan baca sahaja daripada buku dah
boleh pandai. Mencari ilmu dengan berguru baru ada manfaatnya sebab guru boleh
menegur jika ada salah dan membetulkan. Saya hadir 3 kali kursus umrah, bila
sampai di lapangan, macam dah lupa juga apa yang dikursuskan. Terkejut juga bila semua tempat yang pergi
seperti miqat, tawaf dan saie memang ramai. Kena ada orang juga meneman untuk ingatkan.
Jaga
mulut jaga hati itu yang sering dipesan oleh orang ramai. Tanah Haram, apa yang
diucapkan makbul. Kalau yang buruk
diucapkan bertambah dosa pula lagi. Dan itu juga yang menjadi sebab ada
sesetengahnya takut nak pergi sebab
dapat balasan ‘cash’. “Banyak sangat baca Mastika tu,” kata ustaz masa kursus.
Memang betul pun, dari dulu lagi memang selalu baca tu pun. Bermacam-macam
seksaan diterima. Alah macam tengok cerita Tanah Kuburlah. Balasan yang baik tu
sedikit sekali diceritakan. Tapi jangan lupa Allah itu Maha Pengasih dan
Penyayang. Kenapa kita tak ubah kepada, kita cakap yang baik pun dapat ‘cash’
terus. Contoh mudah, saya beli makanan nasi dan ayam panggang. Lepas tu
kawan sebilik terpandang pula fun fries, teringin sangat nak makan. “Jom beli.”
Saya cakap, ni pun dah banyak, tak terhabis nanti. Masa balik ke bilik eh eh,
ada pulak 2 batang fun fries dalam tu. Dapatlah hilang kempunan dia nak makan.
Padahal semalam masa beli menu yang sama tak ada pula kentang tu. Itu benda
yang nampak. Sedangkan banyak lagi nikmat yang Allah kurniakan yang tidak
terjangkau di fikiran kita.
Mengerjakan umrah, peluang untuk kumpul pahala banyak-banyak. Malah untuk
mengenali lebih dekat Rasulullah dan sahabat.
Menaiki Saudi Airlines kami seterusnya mendarat di lapangan terbang
Madinah. Ahlan wa sahlan Madinah. Bandar raya Nabi. Alhamdulillah. Hanya kami sahaja ketika itu,
urusan imigresen berjalan lancar cuma masalah beg lambat keluar. Keluar sikit lepas tu conveyor berhenti.
Sebenarnya awal penerbangan lagi ada masalah kargo dan dia pindahkan barang.
Rasanya itu sebabnya. Ujian pertama,
tunggu beg. Zohor dah masuk. Kalau solat
sekarang, tiba-tiba beg keluar, siapa pula yang nak ambik. Masih fikir
keduniaan lagi tu. Semua ingat nak solat
kat hotel saja rancangan awalnya. Akhirnya, ada jemaah
bersuara, jom kita solat. Muhasabah diri. Orang sana, masuk sahaja waktu solat,
memang semuanya solat, semuanya ditinggalkan. Dan di mana-mana sahaja boleh
solat, bentang lapik, menghadap kiblat dan solat.
|
KLIA |
|
Perjalanan ambil masa 8 jam 27 minit. Sampai tu patutnya tengah hari. |
|
Sedap juga nasi lemak dalam ni. |
|
Cantik binaan di airport Madinah ni |
|
Tunggu beg |
Ya Allah, kami datang ke sini
semata-mata keranamu, Ya Allah. Jangan kau palingkan niat dan tujuan kami.
Jangan kau uji kami dengan perkara-perkara yang dapat merosakkan niat dan
tujuan kami. Ampunilah kami, Ya Allah. Astaghfirullah – petikan daripada buku Prof Mohd Kamil, Travelog Haji Mengubah
Sempadan Iman. Saya tulis doa ni di post-it notes dan tampal di buku untuk dijadikan
panduan dan reminder selalu.
|
Laluan ke Masjid Nabawi |
|
Dataran Masjid Nabawi |
Perjalanan ke hotel melalui tanah
perkuburan Baqi, kemudian ternampak orang berbondong-bondong dari satu arah.
Kelihatan menara dan ‘payung’ dari kejauhan, walaupun hanya melihat Masjid
Nabawi daripada gambar sahaja, confirm dah inilah masjid yang dirindui oleh
ramai orang yang telah menziarahinya.
Hotel Durrat Andalus nama hotel
kami, menjadi tempat persinggahan ramainya jemaah Indonesia, Malaysia dan selebihnya
Algeria dan Turki. Sebaik sahaja dapat kunci cepat-cepat bersiap nak solat
maghrib. Tak tahu juga arah yang dekat sebenarnya. Dalam lif jumpa orang
Algeria. Dia tegur, “Jemaah”, kitaorang pun tanya la ikut mana. Cakap Inggeris
sikit-sikit sahaja, siap pimpin tangan kami. Memang dekat, lalu 3 blok sahaja.
Dia tunjuk air zam-zam suruh minum. Belum sempat ucap terima kasih dah hilang.
Indahkan, semua orang Islam itu bersaudara walaupun berbeza warna kulit dan
dari mana datangnya. Kena tahu bahasa
Arab ni untuk berinteraksi. Ada orang tu
siap tanya saya, aduhai spontan je jawab “la lughatul arabiah” Haha macam ada
yang tak kena je, tapi kira bolehlah tu. Sebelum datang memang dah hafal sikit-sikit.
Lupa eh bila tak biasa.
No comments:
Post a Comment