1 Disember,
Maulidur Rasul. Jika di Malaysia, pastinya selawat dan lagu Rasulullah nyanyian
Hijaz sudah berkumandang di radio.
Rasulullah
dalam mengenangmu
Kami susuli
lembaran sirahmu
Pahit getir
pengorbananmu
Membawa
cahaya kebenaran
Engkau
taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu
yang tercinta
Biar
terpaksa tempuh derita
Cekalnya
hatimu menempuh ranjaunya
Awal pagi |
Namun di
Madinah ini saya hanya mendengar selawat dari bilik hotel. Saya tidak pasti
adakah inisiatif pengunjung hotel atau hotel itu sendiri. Malas pula nak tengok
sebab nak tidur awal.
Merasa
berjemaah subuh di Masjid Nabawi. Hari Jumaat pula tu, penghulu segala hari.
2.30 pagi lagi dah bangun. Tak jadi masalah sebab di Malaysia pukul 7.30 pagi. Pukul 3 pagi meriah di jalan. Ramai yang lain dari hotel
berdekatan juga sudah mula bergerak ke masjid. Pintu 25 itulah pintu keluar
masuk kami. Malah kalau ditenang-tenang, memang boleh nampak terus ke hotel. Datang awal-awal ni bolehlah pilih tempat mana yang nak duduk.
Rutin setiap
hari datang ke masjid, minum segelas air zam-zam yang diletakkan di laluan
masuk masjid sambil berdoa supaya diberi kesihatan yang baik sepanjang berada
di sini. Di samping itu isi air zam-zam
dalam botol untuk bekal bawa balik. Masa nak balik pun minum segelas lagi.
Ketika azan
yang pertama (di sana azannya dua kali, sela waktu lebih kurang satu
jam)semakin ramai yang mula memenuhi saf. Penjaga masjid (berpurdah hitam
seluruhnya) mula meletakkan tape kuning di ruang-ruang solat yang berpermaidani
dan orang ramai akan duduk di bahagian simen. Biasanya kalau dah letak tape
kuning tu maksudnya ruang carpet tu dah penuh. Tapi sesiapa yang bentang
sejadah di laluan berlapik getah tu siaplah kena halau dengan penjaga ni. Mana
taknya, dah memang laluan orang nak jalan. “Ibu ke sini ibu”, “Hajjah! Hajjah!
Sini ada kosong.” Begitulah tugas penjaga masjid atau pencuci masjid yang akan
memanggil jemaah untuk memenuhi saf. Ramai juga pekerjanya orang Indonesia. Seronok tengok gelagat orang ramai. Pagi tu,
tiba-tiba rasa sejuk, “kuatnya aircond”. Tiba-tiba tengok orang keliling dongak
ke atas. “La bila masa pula open air ni?” Rupanya bumbungnya terbuka tempat
yang saya duduk tu. Tak sempat tengok dia buka dari awal, tengok-tengok dah
ternganga. “Original aircond patutlah sejuk”. Masa tu je yang dapat merasa
bumbungnya terbuka. Hari lain tak dapat
pun.
Selepas solat,
biasanya ada solat jenazah. Saya tanya rakan sebilik, macam mana tahu? Dia kata memang
begitulah kebiasaannya, setiap kali selepas solat memang ada solat jenazah.
Selepas beberapa kali baru saya dapat ‘tangkap’ tanda-tandanya, imam akan
menyebut ‘solat’ dan ‘mauta’. Sepanjang berada di Madinah dan Mekah memang setiap waktu ada solat jenazah kecuali
ada satu waktu je memang tak ada masa tu. Ambillah kesempatan untuk lakukan
solat jenazah, pahalanya bersamaan sebesar bukit Uhud.
Kalau balik
solat sahaja, fuh, menderu-deru orang keluar. Lebih baiklah duduk sebentar
mengaji atau baca al matsurat dulu.
Hotel sediakan breakfast selepas solat subuh, lunch selepas solat zohor dan
dinner selepas solat isyak. Kalau balik hotel pun susahnya sebab nak tunggu
lif. Lifnya kecil sahaja, pengunjungnya ramai. Kalau masuk dek orang Turki, mau
penuh dah. Alternatif – naik tangga- tapi tingkat 9. Oleh itu alternatif lagi,
sebelum balik hotel singgah dulu kedai –kedai yang ada dalam perjalanan balik.
Hehe. Tak pernah dibuat subuh-subuh sepii membeli-belah. Memang banyak je kedai
buka lepas solat subuh. Taklah beli banyak pun sebab bukan kaki shopping, jadi
penasihat pada orang je.
Selain kurma, tengok gelang, cincin, minyak atar. |
Zoom daripada bilik hotel. Kredit: Adam Ahmad Saifudin |
Ruang bawah tu penuh kedai-kedai Kredit: Ahmad Saifuddin |
Tepi-tepi hotel ni pun ada kedai-kedai. Kiranya tak susah la kalau nak membeli barang keperluan . |
No comments:
Post a Comment