Trip umrah
ini sebenarnya rombongan saudara mara. Allahyarham Haji Wahid dan Haji Mohamad
merupakan adik-beradik. Oleh itu waris daripada kedua-dua ini yang menyertai
umrah. Kiranya generasi anak, cucu dan cicit ada dalam ni. Pening juga nak
memanggil ikut ‘pangkat’ apa. Nasib baik ada carta salasilah sebagai panduan.
Salasilah Keluarga. Sumber: Buku Keluarga Haji Wahid. |
Dekat
setahun juga dah digembar –gemburkan untuk perjalanan ini. Alhamdulillah
berjaya juga dilaksanakan. Ada AJK yang dilantik daripada kedua-dua buah keluarga. 62 orang
semuanya. Masa kursus umrah haritu dah berkenal-kenalan juga.
Wajah-wajah yang biasa nampak di kenduri-kendara tapi tak kenal sangat. Kini
lebih kenal lagi sebab dah 10 hari bersama-sama siang dan malam.
Tercetusnya
program ini kerana ada saudara yang duduk di Riyadh. Era tahun
40-an, sudah menjadi kebiasaan ibu bapa menghantar anak-anak belajar agama di
Mekah hingga ada yang berkahwin di sana dan dapat anak. Ada yang balik semula
ke Malaysia dan ada yang menetap terus di sana dan berkahwin dengan orang
tempatan. Dan itulah puncanya kenapa ada saudara di sana. Kami memang merancang
untuk berbaju kebangsaan. Lelaki berbaju Melayu dan perempuan baju kurung. Dah
macam raya pula. Lupa pula tangkap gambar untuk kad raya tahun ni. Ahaks!
Mutawif
beritahu kalau majlis orang Arab ni, makannya lambat. Mau dekat tengah malam.
Dia nasihatkan alas perut dulu sebelum pergi. Kami bergerak lepas asar. Dalam
setengah jam perjalanan, sampailah kami di dewan.
Sedap roti ni, initnya cream cheese. Pelbagai jenis, ada inti buah zaitun juga tapi macam pelik sikit rasa. |
Payah kalau nak terangkan susur galur. Sib baik saya bawa salasilah yang telah diphotostat. Tunjuk je kita berada di mana jadi taulah nak kaitkan 'pangkat'. |
Masuk dalam dewan, bagi gula-gula pula. Nasi di mana nasi? Haha |
Orang arab ni kiranya pangkat sepupu, dua pupu, tiga pupu, kupu-kupu.. hmmm lupa hehe.. |
Waris keluarga Hj Mohamad |
Waris keluarga Hj. Wahid dan Hj. Mohamad |
Komunikasi
dalam bahasa Inggeris sahaja. Ada persembahan dari kumpulan jemputan. Oleh kerana
masa tu Maulidur Rasul, “Tala’al badru alayna, min thaniyati-al Wada …”. Dan
seterusnya nasyid-nasyid Arab. Sambil-sambil itu, tetamu dihidang manisan
seperti biskut, coklat dan air teh perasa mint dan herba. Buat di luar, sejuk
betul. Sebelah kolam ada air pancut. Bila angin kuat sikit, tempias air.
Bertambah sejuk. Semuanya lupa bawa baju sejuk. Lepas habis acara
memperkenalkan keluarga, baru masuk ke dalam dewan. Sesi bergambar. Pukul 9 baru
makan. Ikut waktu Malaysia dah 2.00 pagi. Keriuk keriuk. Perut ngikut waktu
Malaysia. Lepas makan ada persembahan lagi.
Kalau ikutkan, biasanya majlis lebih
lama, tapi AJK dah beritahu keluarga di sana, nak balik pukul 11 malam.
Lupa tangkap
gambar makanan utama. Maklumlah dah lapar. Haha, baik isi perut daripada
bergambar. Sedap-sedap. Macam-macam salad, nasi Arab, Pasta.
Yeay, semua orang dapat cenderamata. |
Ada kawan
pernah tanya, “Eh macam mana korang boleh cari sampai ke nama mak bapak moyang pun boleh
tahu? Aku punya sejarah family setakat mak bapak je tau. Inikan pula saudara
mara yang lain.”
Dalam setiap
keluarga tu mesti ada seorang yang rajin dan berinisiatif untuk mencari
maklumat tu. Jadi kita bantu sahaja memberi maklumat. Saya sendiri pun tahu keluarga belah dekat
sahaja. Pak cik saya pula jenis yang suka simpan foto lama dan dari situ juga
boleh disimpulkan sejarah. Oleh itu
pentingnya setiap maklumat itu didokumentasikan
2 comments:
Seronoknya jumpa kaum kerabat...ada reunion family camni.Semoga ukhwah yg telah terjalin ni..kekal selama lamanya.
Amin. Terima kasih K.Azatie :)
Post a Comment