Kawasan Raudhah tidak luas. Ia adalah bahagian di antara
mimbar dan makam Nabi SAW. Raudhah
tempat mustajab berdoa dan ia taman syurga. Seperti hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud, “Antara mimbarku dan rumahku adalah taman dari taman-taman syurga
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kerja-kerja pembinaan untuk meluaskan lagi masjid masih dijalankan. |
Topik hangat di Masjid Nabawi. Hari kedua, “Dah masuk
Raudhah?”
“Dah lepas Subuh.”
“Eh, tadi orang kata tutup sebab nak bersiap untuk untuk
solat jumaat.”
“Tunggu lepas solat jumaat nanti,” kata jemaah yang lain pula.
“Malam nanti lepas isyak,” kata jemaah Indonesia.
“Oh … kami tiada di sini malam nanti, ada urusan Hari
Keluarga,” saya menjawab.
“Cuba cari mutawif Indonesia, derang kata mutawif tu akan
jaga kita,” kata seorang jemaah Malaysia yang kami temui.
Selepas zohor, mencari laluan untuk masuk. Di satu sudut,
kelihatan orang keluar dari satu arah. “Raudhah
di sini?”
“Iya, tapi makamnya tidak dibuka,bu,” sambil berlalu pergi. Aik
tak sempat la nak bertanya banyak lagi. Lihat orang pergi jalan ke pintu
keluar, takkanlah kami nak masuk berlawanan arah. Akhirnya kami balik ke hotel.
Hari ketiga, ada ziarah dalam. Pukul 8 dikehendaki berkumpul
di hotel. Mutawif membawa kami ziarah sekitar Masjid Nabawi dan
memberitahu untuk perempuan Raudhah masuk di pintu nombor 25. Tetapi terdapat
had masa iaitu 7-10 pagi, 1-3 petang dan 9.30-11 malam yakni lepas subuh, zohor
dan isyak.
Habis ziarah dalam,
kami membeli roti untuk mengisi perut sementara nak pergi Raudhah lepas solat
zohor nanti. Habis solat salah seorang terasa nak pergi tandas pula. “Baik
pergi sekarang sebelum masuk Raudhah”.
Tandas dan tempat wuduk ni terletak dekat pintu 25. Memandangkan dekat dengan laluan kami masuk atau keluar jadinya mudah juga nak ke toilet kalau batal wuduk. |
Balik dari tandas, sambil tu sembang-sembang dengan yang
lain pasal Raudhah.
“Semalam dekat sinilah saya tunggu, ha pintu no 25 ni,” kata
jemaah Singapura.
Kami pergi ke arah orang berkumpul ramai di hadapan pintu
kayu sambil bertanya seseorang yang kelihatan seperti orang Malaysia.
“Sinikah
tunggunya?”
“Agaknya, saya pun ikut orang ramai ni,” katanya.
Di pintu kayu tersebut ada ditulis dengan kain kanvas, dalam
bahasa Arab tapi saya dapat tangkap sikit-sikit perkataan - masuk-Raudah-syuruk-zohor-isyak.
“Tak de pun tulis masa pukul berapa? Hanya waktu solat sahaja. Kenapa pulak ada
dua tiga orang yang beritahu kami masanya? Hmmm ..."
Kami sabar menunggu. Teringat pula dari bacaan di blog, akan
dikumpulkan orang-orang dari Asia Tenggara.
“Eh takdepun nampak tanda.”
Tiba-tiba kumpulan hadapan kami berlari-larian satu arah. Apalagi kami pun
mengikut. Terhenti di sekatan pintu. Saya mencari lokasi yang boleh menyandar
pada dinding supaya mudah menyusup. Strategi berjaya, hampir 30 minit tiada apa
perubahan. Seakan menunggu pintu pasar raya dibuka. Sabar menanti. Semakin lama
menunggu, orang yang berada di hadapan kami keluar, tak tahan menunggu.
Kami
mengambil tempat mereka dan akhirnya berada depan pintu kayu. Yeay berjaya
mengambil tempat di hadapan. Mengintai di celah lubang ukiran kayu, macam tiada
apa-apa. Kosong je. Ada dua tiga orang jemaah lelaki duduk baca Quran. Kami
duduk bersila, maklumlah dari tadi berdiri menunggu giliran. Pandang
sekeliling.
“Eh, apasal semua keliling kita ni, orang Turki, Algeria, Bangladesh,
Pakistan dan India.?” Seorang pun tiada Asia Tenggara, hanya kami sahaja yang
bertelekung. “Hahaha!” Saling berpandangan sesama sendiri. “Raudhah?” salah seorang macam dari India atau Pakistan bertanya. Udah
tanya orang yang tak tahu juga, akhirnya kami beralih dari situ. Waktu asar dah
dekat, kami cari tempat.
Balik asar, singgah kedai beli nasi sebab di hotel confirm
habis sebab dah waktu asar. Kena makan nasi juga sebab tadi hanya lunch roti.
Malam ni cubaan nak pergi Raudhah lagi,
cari tenaga. Di lobi hotel, jumpa geng yang lain tanya dapat masuk tak.
“Dapat, zohor tadi.”
“Ehh hairan bin ajaib, kami pun pergi tadi lepas zohor.
Pintu 25, betullah tu. Tak boleh jadi ni, malam ni kena cuba juga sebab esok
nak ziarah luar, tak ada masa. Lusa nak ke Mekah.”
Nombor pintu tercatat di luar masjid dan juga di dalamnya. Kalau nak berjanji dengan orang lain kena beritahu nombor pintu sebab keadaan di luar ni sebenarnya sama sahaja. |
Naik ke bilik, lunch yang dah nak jadi makan petang/ hi tea
la pulak. Siap-siap nak solat Maghrib.
Habis solat maghrib, pergi ke toilet ada seseorang ni
duk senyum-senyum kat kami.
“Seperti pernah kulihat wajah ini. Tapi di mana ya …?” Jenuh
mengingatkan. “Ohh … senasib semasa melangut depan pintu nunggu Raudhah tadi.
Haha.” Just ucap salam dan
masing-masing perkenalkan diri dari negara mana.
“India.”
“Malaysia!”
Begitulah cubaan-cubaan untuk masuk ke Raudhah yang belum
kesampaian. Ok kita sambung kemudian pula sama ada dapat masuk atau tak.
No comments:
Post a Comment