Hari keempat, ziarah luar Madinah. Mutawif memberitahu akan
pergi ke Masjid Quba, beliau menasihatkan jemaah berwuduk dari hotel lagi.
Rasulullah bersabda,
Barang siapa berwuduk di rumahnya kemudian terus pergi di
Masjid Quba lalu mendirikan solat sunat dua rakaat, maka pahalanya adalah
menyerupai pahala dari orang yang menunaikan umrah.
(Hadis
riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Dalam perjalanan menuju ke Masjid Quba ini kita akan lalu di
Masjid Bilal yang kubahnya berwarna hijau bersempena nama Bilal bin Rabah r.a.
Masjid Quba. |
Masjid Quba
Pada hari Isnin 8 Rabi’ul Awal tahun 14 kenabian iaitu tahun
pertama hijrah bersamaan 23 September 622 (M) Rasulullah SAW tiba di Quba.
Ketika orang-orang Islam di Madinah mendengar bahawa Rasulullah SAW telah
keluar dari Mekah, setiap pagi mereka akan keluar ke padang lapang untuk
menantikan baginda SAW. Di Quba, Rasullullah SAW menetap selama 4 hari iaitu
hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Di situ baginda mengasaskan Masjid Quba
dan bersembahyang di dalamnya. Itulah masjid yang pertama sekali diasaskan atas
dasar takwa selepas baginda menjadi Nabi (Sumber: Sirah Nabawiyyah, Yadim,
Kuala Lumpur, m/s 244-245).
Masjid dibina dari bahan alam sekeliling yang wujud. Batang-batang pohon kurma dibuat
tiang, pelepah dan daunnya dibuat atap dan batu-batu pejal berwarna merah
dijadikan tembok tanpa simen.
Kenapa Nabi pilih desa Quba tempat persinggahannnya? Kenapa
di desa Quba Nabi pilih untuk mendirikan sebuah masjid pertama di dunia?
Jawabnya kerana desa Quba sebelum ketibaan Nabi memang sudah sekian lama
menjadi tempat persinggahan orang-orang Islam yang datang dari Mekah. Juga di
rumah Kalthum bin al-Hadam dan jirannya Sa’ad bin Khaythamah tempat mereka
menumpang tidur dalam perjalanan ke daerah-daerah Madinah yang lain. (Sumber:
Tempat-tempat bersejarah Mekah-Madinah, Kalam Hamidi Al-Haj,1987)
Tidak putus-putus orang datang menziarah |
Ladang kurma tu takde la pulak pergi tengok dekat-dekat pokok kurma tu. Setengah jam sahaja masa diberi untuk membeli. |
Ladang Kurma
Destinasi seterusnya Ladang Kurma untuk beli kurma dengan
harga borong. Penjual memang dah siap-siap bungkus untuk 1kg. Kurma ajwa SR60 untuk
1 kg. Kalau di kedai sekitar Masjid Nabawi, setiap pembelian masih boleh tawar-menawar
lagi tapi kat sini tak dapat pun. Boleh beli oleh-oleh lain juga, bukan hanya
kurma. Tengah pilih-pilih, datang bas rombongan lain pula. Sesak jadinya. Terus naik bas.
Sepanjang umrah ni kena sentiasa ingat warna bas kita, nombor plat bas dan park di mana. Setiap tempat pun ramai, jadi potensi untuk tak jumpa bas memang besar. Dahlah basnya semua nak sama je. Sementara kita nak tunggu bas bergerak tu, ada penjual akan naik bas dan menjual macam-macam. Untuk sakit asma- hati unta kering. Minyak unta? Untuk lenguh-lenguh dan pelbagai testimonilah yang disenaraikan. Orang kalau dah sakit, pantang dengar bila dikatakan ubat ni boleh baik, ubat ni bla bla bla … lepastu bila buka, “Eh sikitnya isi. Dahlah bau macam minyak sapi je.”. Hehe macam kena tipu tapi halalkan ajelah sebab orang tu pun dah ke mana-mana pergi naik bas yang lain.
Sepanjang umrah ni kena sentiasa ingat warna bas kita, nombor plat bas dan park di mana. Setiap tempat pun ramai, jadi potensi untuk tak jumpa bas memang besar. Dahlah basnya semua nak sama je. Sementara kita nak tunggu bas bergerak tu, ada penjual akan naik bas dan menjual macam-macam. Untuk sakit asma- hati unta kering. Minyak unta? Untuk lenguh-lenguh dan pelbagai testimonilah yang disenaraikan. Orang kalau dah sakit, pantang dengar bila dikatakan ubat ni boleh baik, ubat ni bla bla bla … lepastu bila buka, “Eh sikitnya isi. Dahlah bau macam minyak sapi je.”. Hehe macam kena tipu tapi halalkan ajelah sebab orang tu pun dah ke mana-mana pergi naik bas yang lain.
Gambaran dari dalam bas, peniaga menjual t-shirt |
Masjid di kawasan Bukit Uhud. Tak sempat tengok nama sebab mencari tandas. Nak pergi tandas di Ladang Kurma kotor jadi menahan la. |
Bukit Uhud
Ketika belajar subjek Sejarah Islam masa form 6, formula saya untuk mengingati susunan nama-nama perang - BUKT (BUKIT/BUKU), ia merupakan singkatan daripada Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk. Bila kita melalui sendiri tempat-tempat ni, barulah kita boleh bayangkan apa yang telah dipelajari sebelum ini. Tak sangka sekarang dapat menyaksikan sendiri tempat-tempat bersejarah ini. Aisehman kenapalah dulu-dulu cikgu tak memaksa belajar sejarah betul-betul. Beritahulah, “Nanti awak pergi tempat ni menyesal tak tahu sejarah.” Hehe. Ketika di Turki, sejarah Uthmaniyyah semua pun lupa.Tak apa, jangan dikesali perkara yang lalu. Sekarang ada Google dan Youtube, boleh belajar semula.
Ketika belajar subjek Sejarah Islam masa form 6, formula saya untuk mengingati susunan nama-nama perang - BUKT (BUKIT/BUKU), ia merupakan singkatan daripada Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk. Bila kita melalui sendiri tempat-tempat ni, barulah kita boleh bayangkan apa yang telah dipelajari sebelum ini. Tak sangka sekarang dapat menyaksikan sendiri tempat-tempat bersejarah ini. Aisehman kenapalah dulu-dulu cikgu tak memaksa belajar sejarah betul-betul. Beritahulah, “Nanti awak pergi tempat ni menyesal tak tahu sejarah.” Hehe. Ketika di Turki, sejarah Uthmaniyyah semua pun lupa.Tak apa, jangan dikesali perkara yang lalu. Sekarang ada Google dan Youtube, boleh belajar semula.
Ketika Perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan, kemenangan
di pihak Muslim. Walaupun di pihak Muslim bilangannya sedikit, ia dibantu oleh
Allah seperti dalam surah al-Anfal: 9
(Ingatlah) ketika engkau memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu Ia perkenankan permohonanmu (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari Malaikat yang datang berturut-turut.
Kehebatan Perang Uhud ini terletak kepada adanya Panglima
Khalid Ibnu Walid yang termasyhur gagah perkasa lagi bijaksana, baik sebelum
Islam mahupun sesudah Islam.
Panglima Khalid Ibnu Walidlah yang berjaya mengharu-birukan
tentera Islam yang sedang leka memungut harta rampasan (Ghanimah) dan derhaka
dengan amanah Rasulullah sebagai pemimpin perang, bahawa sesiapa pun jangan
meninggalkan kubu pertahanan, termasuk kubu utama di atas bukit Ainain, di mana
50 orang ahli pemanah ditempatkan di bawah pimpinan Abdullah bin Jubair
Al-Ansari.
Orang ramai menaiki Bukit Pemanah |
Sebaik Panglima Khalid Ibnu Walid melihat tentera Islam
sedang leka dan lalai, maka dengan pantas dia menyusun bala tenteranya dan
sepantas kilat menyerbu di segenap sudut menyebabkan tentera Islam kacau bilau
dan kelam-kabut.
Akibatnya gugur syahidlah ayahanda saudara Rasullullah, Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib, yang ditombak oleh Wahsyi hamba Abu Sufyan
dengan isterinya Hindun dengan janji, akan dimerdekakan jika berjaya membunuh
Hamzah bin Abdul Mutalib. Manakala Baginda Rasulullah SAW sendiri patah giginya dan luka-luka
di wajahnya.
Perang Uhud pada hakikatnya adalah perang dendam kesumat
orang-orang Musyrikin terhadap orang-orang Islam kerana mereka kalah dalam
peperangan Badar setahun yang lalu, walhal jumlah tentera mereka jauh lebih
ramai daripada tentera Islam. (Sumber: Tempat-tempat bersejarah
Makkah-Madinah,Kalam Hamid al haj,1987)
Di sini ditempatkan makam para syuhada dalam perang Uhud. Papan tanda ini menunjukkan tatacara ketika menziarah. |
Bukti dendam mereka dapat dilihat apabila di kalangan mereka
ada yang sibuk – termasuklah wanita-wanita mereka – mencincang mayat tentera Islam. Mereka memotong telinga,
hidung dan kemaluan serta merobek-robek perutnya. Hindun binti ‘Utbah (isteri
Abu Sufyan) merobek jantung Hamzah dan mengunyahnya tetapi dia tidak berupaya
untuk menelannya, lantaran itu dimuntahkannya. Dia mengambil telinga-telinga
dan hidung-hidung para syuhada’ lalu dibuatnya menjadi gelang kaki dan kalung.
(Sirah Nabawiyyah, Yadim, 2011)
Di luar kawasan ada peniaga-peniaga yang menjual herba-herba, buah-buahan, rempah ratus. |
Van aiskrim beratur. Panas-panas ni boleh la layan aiskrim. Tapi saya tak sempat beli, dah tiba masa nak naik bas. |
Seterusnya kami menuju perjalanan balik ke hotel memandangkan zohor dah nak masuk. Dalam perjalanan balik kami melalui Masjid Qiblatain. Tak singgah, lalu sahaja. Lalu juga tempat Perang Khandak (Perang Ahzab) berlaku, dah lupa di mana, tapi rasanya macam dekat-dekat sahaja.
Masjid Qiblatain (Masjid Dua Qiblat)
Menurut riwayat yang dirawikan oleh Bukhari dan Muslim
daripada al-Bara’ bahawa ketika Nabi mula datang ke Madinah, baginda solat
menghadap ke Baitul Maqdis, lamanya 16 atau 17 bulan. Sedang baginda rindu
sekali kiblatnya itu menghadap ke Baitullah (Kaabah). Setelah permohonan
baginda itu dikabulkan Tuhan, maka solat yang mula dihadapkannya ke Kaabah itu
ialah solat asar. Satu kaum menjadi makmum di belakang baginda. Setelah selesai solat, seorang di
antara makmum itu pergi ke luar masjid. Maka bersumpahlah orang itu sambil
berkata, “Saya bersaksi di hadapan Allah bahawa saya baru sahaja selesai solat
bersama Nabi SAW menghadap Kaabah.” Mendengar perkataan orang itu maka sekalian
orang yang solat itu memalingkan mukanya ke Kaabah dengan tidak memutusi solatnya.
Sumber: Tafsir al-Azhar Juz 2, Prof Hamka, Yayasan Nurul Islam, (m/s 6)
Al-Baqarah:144
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad),
berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling
menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid
Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah): dan di mana sahaja kamu berada maka
hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan
Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (pertukaran
kiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah
tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
Alhamdulilah ziarah luar ini seakan rombongan sekolah dahulu
yang tujuannya menambah ilmu. Melihat makam para syuhada sepatutnya menjadi
motivasi kepada umat Islam sekarang. Apakah yang telah kita korbankan untuk
agama Islam?
No comments:
Post a Comment