5 malam di Madinah, kini tiba hari terakhir mengucapkan
selamat tinggal kepada Rasulullah SAW.
“Janganlah jadikan kunjungan ini sebagai ziarah penghabisan. Kurniakanku peluang untuk menziarah
kembali dalam keadaan sihat dan baik.”
Masjid Nabawi |
Labbaikalahumma labaik, labbaika laa syarikalaka labaik.
Innalhamda, wan ni’mata, laka wal mulk, laa syarikalak.
(Ya Allah aku menyahut panggilan-Mu, aku menyahut panggilan-Mu, tiada sekutu
bagi-Mu, aku menyahut panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu
bagi-Mu.)
Beg-beg sudah dikumpulkan terlebih dahulu. Selepas zohor
semua siap menuju ke tanah suci kota Mekah dengan berpakaian ihram. Apa yang
dipelajari semasa kursus akan dipraktikkan kini.
Masjid Nabawi mula
perlahan-lahan hilang di pandangan mata. Perjalanan seterusnya menuju ke tempat
berniat ihram di miqat “Bir Ali” lebih kurang 12 km jaraknya.
Di Bir Ali, orang ramai ingin mengerjakan solat sunat |
Di sini pun ramai orang, bukan rombongan kita sahaja. Jemaah dari seluruh negara. Setengah jam masa
diberi untuk menunaikan solat sunat ihram. Untuk yang pertama kali datang ke
sini, memang kena patuh pada arahan mutawif tunggu di mana yang diarahkan.
Sendiri cari mau tak jumpa jalan balik ke bas. Tak boleh terleka. Kena ingat di
mana bas berhenti. Setelah semua kembali ke dalam bas dan meneruskan
perjalanan, Mutawif membaca niat umrah. Orang lain turut melafazkannya. Wajib
dilafazkan.
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana
Allah Taala.”
Seterusnya dilafazkan
niat bersyarat (bagi perempuan , takut-takut period pula sampai nanti atau jika
ada keuzuran yang lain, terbatallah umrahnya dan terlepas daripada pantang laram
ihram.)
“In habasani habisun fa mahalli khaithu habastani”
(Jika aku terhalang oleh sesuatu kesulitan maka tahalulku di
mana-mana sahaja aku menemui kesulitan.)
Oleh itu bermulalah pantang larang dalam ihram yang perlu
dipatuhi. Maksud ihram itu sendiri mengharamkan apa yang boleh dibuat
sebelumnya. Jika dilanggar akan dikenakan dam (rujuk pantang larang)
Perjalanan sejauh 450km mengambil masa 5 hingga 6 jam.
Talbiah dibaca sepanjang perjalanan. Retrospeksi diri. Jaga hati jaga lisan.
Melihat matahari terbenam dalam perjalanan menuju Mekah |
Kami berhenti di hentian tak tahulah apa namanya tapi ada
masjid dan tempat makan. Masa yang diberi 1 jam untuk solat jamak maghrib dan
isyak serta makan. Ya di mana-mana pun ramai. Semuanya dengan tujuan yang satu,
menuju ke Mekah bukannya melancong. Destinasi yang sama dan niat yang sama.
Walaupun toilet tak sedap mata memandang, seakan tak terjaga tapi
terpaksalah menempuhnya udah tak tahan. Orang yang datang dari satu dunia,
kalau di Malaysia pun tandas awamnya (bukan R & R) hmmm je kan. Inikan pula
bila ramai-ramai ni berkongsi. Orang yang mencucinya pun tak nampak. Buka-buka
pintu, nampak ‘jerangkap samar’ (najis) haha. Adoi tu yang tak tahan.
Makan martabak 5 riyal tapi bukanlah inti daging atau ayam macam
di Malaysia. Dia taruh telur, daun bawang kot dan cicah dengan sos tomato.
Rasanya sini memang tak ada sos cili sebab jumpa ‘ketchup’ sahaja. Minum teh
susu 2 riyal. Cakap Melayu je order.
Sini jual martabaknya. Di tingkap tu beli air. |
Dinner. Tak cukup tempat, kita berkongsi-kongsilah meja beramai-ramai |
Lagi 2 jam nak sampai, ramai juga yang dah terlelap.
Kami melalui Tanaim, merupakan salah satu tempat miqat juga.
Mengikut sejarah, Saidatina Aisyah uzur dan setelah habis nak ikut nabi pergi
umrah. Nabi suruh pergi ke Tanaim. Ini juga
tanda sudah sampai tanah haram. Satu bas bertalbiah dan terasa sayu
lebih-lebih lagi dalam suasana malam yang hening.
Panduan ketika di masjidil haram. Kadangkala bila dah pergi saie, keluar ikut pintu lain, jadi menuju ke jam besar ni untuk balik arah hotel. |
Kelihatan menara jam besar dari tingkap bas. Bermakna
destinasi kami semakin hampir. Sekitar pukul 9.30 malam bas sampai di hotel.
Selesaikan urusan beg dan masuk bilik dulu. Pukul 11 malam baru berkumpul semula
untuk melaksanakan umrah.
Rukun-rukun umrah terdapat 5 perkara:
1.Berniat ihram – sudah pun dilaksanakan di Bir Ali
2. Tawaf di Baitullah
3.Saie di Mas’aa
4.Bercukur/bergunting
5.Tertib
Sekitar 3 hingga 4 pagi baru selesai. Ada yang tidak sempat
tidur kerana risau tak terjaga subuh. Tidur-tidur ayam sahaja.
Sepanjang berada di Mekah, kita boleh memilih untuk
melakukan beberapa kali umrah. Travel agency memang dah susun jadual ziarah dan
akan pergi menuju tempat miqat sekali. Oleh itu sesiapa yang berhajat untuk
melakukannya bolehlah sekali bawa pakaian ihram. Ada juga yang berniat untuk
buat badal umrah.
Antara tempat miqat
yang disinggahi:
1.Zulhulaifah (Bir Ali)
2.Jaaranah
3.Hudaibiyah
Masjid Hudaibiyah mengerjakan solat sunat. |
4. Dan paling istimewa ketika melawat Taif kami singgah di Qarnul Manazil. Orang-orang
Malaysia hanya miqat di sini dari udara iaitu dalam kapal terbang (orang Malaysia yang pergi ke Mekah terus).
Tapi kami siap singgah solat lagi di sini.
Qarn al-manazil |
Tanaim merupakan tempat miqat yang terdekat daripada Mekah, oleh itu boleh pergi sendiri naik teksi. 10 riyal untuk seorang. Boleh berkongsi teksi.
Tak perlu turun teksi untuk solat sunat pun tak apa. Niat ihram sahaja tapi ada
pemandu teksi yang boleh bertolerensi, dia suruh turun solat dulu dan dia akan
tunggu. Harga masih sama.
No comments:
Post a Comment