Ada beberapa dilema ketika dapat tahu tarikh umrah
dekat-dekat dengan tarikh datang haid.
Jika mengikut apps Period Tracker, tarikh dijangka kena 2 hari sebelum
nak balik ke Malaysia dan ketika itu di Mekah. Dilema bermula bila orang cakap
rugilah bayar mahal-mahal untuk buat ibadah tiba-tiba masa datang sana haid.
Masjid pun tak boleh masuk. Mak cakap
jika kena di sana, doa kepada Allah minta
supaya cepat kering dan dapat terus beribadah.
Tanya kawan-kawan yang dah pernah pergi, perlu tak makan
ubat untuk hentikan sementara atau tangguhkan period tu. Kawan kata dia tak
ambil langsung, dari Malaysia berdoa mohon Allah izinkan agar dapat menunaikan
umrah, akhirnya kitaran periodnya berubah. Sepatutnya datang ketika di Mekah
tapi ditukar datang ketika di Madinah dan hari terakhir balik ke Malaysia.
Seorang kawan lagi baca doa di dalam satu buku tu. Mula baca di Malaysia dan
minta sama ada diawalkan atau dilewatkan.
Akhirnya period datang awal 2 minggu sebelum ke sana.Sementara mencari-cari maklumat tu dan google rupanya ada
doa yang kawan cakap tu.
Ada seorang kawan lagi makan ubat sebab haid dia memang jenis
tak teratur tapi sampai sana datang juga sebab terlambat makan ubat. Saya ni memang
takut makan ubat kalau tak ada apa-apa sakit dan risau kitaran seterusnya akan
terganggu. Hanya doa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan dan haid itu
diawalkan atau dilewatkan sehingga sampai di Malaysia.
Seminggu sebelum nak pergi tu, tanda-tanda haid seperti yang
biasa dialami. Perut rasa sebu. Rasa tak selesa. Ingat nak ‘datang’ dah. Jeng! Jeng! Jeng ! Tak ada rupanya. Hanya
tanda-tanda.
Ketika di Madinah, esoknya dah nak ke Mekah. Datangla pulak.
Huhu sedih. 2 hari awal daripada jangkaan Apps Period Tracker tu. Tiada tanda-tanda
nak ‘datang’ pun. Macam biasa je,
maklumlah seminggu sebelum nak pergi dah ada tanda-tanda. Jadi rasa
ketidakselesaan itu dah lepas.
‘Macam mana ni?’ Teringat buku Prof Kamil. Fitrah wanita,
jangan bersedih. Dan masa inilah bertanya pendapat mereka yang dah pergi haji.
Teringat juga kenalan seorang mutawifah. Mujurlah WhatApps free boleh bertanya ke Malaysia soalan
panjang-panjang.
Ikut apa yang dipelajari semasa kursus, setelah kita niat umrah selepas itu kita niat
bersyarat supaya jikalau selepas itu ada keuzuran, kita boleh bebas
daripada pantang larang dalam ihram. Tapi oleh kerana kita sudah datang haid,
tak boleh lagi niat bersyarat.
Ada dua cara dari 2 orang mutawif. Sila rujuk dengan mutawif
masing-masing kerana mereka lebih jelas dengan masalah anda.
1.Niat umrah ketika di miqat.
-pantang larang sepanjang tempoh dalam ihram perlu dijaga
sebaiknya.
-lintaskan di hati bacaan surah al-Masad (Tabbatyada) agar
darah tersebut cepat berhenti (kebiasaannya surah ini dibaca untuk hentikan
pendarahan)
-sebaik sahaja kering dan yakin dalam tempoh 24 jam tiada
darah keluar lagi, segera mandi wajib dan minta mahram/mutawif bawa segera
tawaf, bersaie dan baru bertahalul.
-dalam tempoh haid ini elakkan berkunjung ke gerai atau
kedai minyak wangi kerana bimbang peniaga akan mencalit minyak wangi pada kita.
Tempat saie masih boleh masuk kerana tempat saie tidak termasuk kawasan masjid.
Pesan kawan lagi, jangan bimbang atau sedih dengan apa yang
berlaku kerana ini juga anugerah dan bahagian Allah beri pada wanita. Jaga
emosi agar stabil. Doa yang baik-baik dan perbanyakkan zikir.
Kredit: Azie, Mutawiffah
2. Apabila orang lain berniat ihram ketika di miqat, jangan
berniat sama. Bila haid kering, mandi. Minta mahram bawa ke tempat miqat.
Seterusnya tawaf, saie dan bertahalul.
Jadi apa yang perlu kita lakukan bila tidak lagi dapat
berjemaah di Masjid Nabawi dan Masjidilharam?
Teringat lagi buku Prof Kamil yang mengatakan buat ibadah
dengan cara lain. Oleh itu saya menawarkan diri jadi baby sitter pada
anak sepupu yang pergi bersama. Biar
mereka suami isteri dapat ke masjid beriktikaf lebih lama. Sebelum ini mereka
bawa anak ke masjid dan kadang-kadang bertukar giliran dengan Tuk dan Opahnya.
Diharap dengan bantuan kecil ini dapat memberi ketenangan kepada mereka untuk
beribadat.
Lagi? Tolong jaga selipar dan
barang-barang berharga masa kawan-kawan lain bersolat sunat ihram di masjid.
Jangan tak tahu, setiap masjid atau R & R yang disinggahi sentiasa ramai
orang. Jadi mereka tenang untuk solat. Sambil itu minta tolong mereka supaya doakan saya period cepat habis.
Hari kedua sampai di Mekah, ikut rakan-rakan sebilik turun
sama ketika mereka nak bersolat sebabnya nak tengok tempat untuk tunggu. Habis zohor nanti nak lunch sekali. Di dataran
masjid, dari kejauhan 25 meter ke pintu King Abdul Aziz nampak imej hitam. “Eh
itu ke Kaabah?”
Dari kejauhan 25 meter, betul-betul di tengah tu. Nampak imej gelap. |
Balik ke bilik sambil berzikir tiba-tiba mengalir air mata,
kata orang memang ketika nampak Kaabah akan merasa sayu. Saya sendiri tak tahu,
mengalir air mata sebab melihat Kaabah atau sebab tak dapat masuk ke sana.
Uwaaa…
Jam besar ni bertentangan dengan Gate King Abdul Aziz. Inilah sign senang nak balik hotel. |
Hotel yang saya tinggal bawahnya pasar raya dan kedai-kedai
yang sangatlah meriah penjualannya. Tak payah ke luar jalan besarpun. Orang
kata, time nilah boleh mencuci mata, CUTI khas, kan. Memang saya tak pergi
membeli-belah pun, hati tu rasa tak sedap sebab belum melaksanakan yang wajib.
Dataran masjid |
Sesekali terlintas, tak makbul pula doa supaya diawal atau
dilewatkan haid tu. Astaghfirullah, muhasabah diri semula, saya juga pernah
berdoa untuk menulis sesuatu yang memberi manfaat pada orang lain. Bila dah
mengalami sendiri, barulah boleh menulis dengan lebih faham, kan?. Malah dapat membantu orang lain dengan cara yang lain. Ibadah itu bukan hanya di
masjid, tindakan kita dalam menangani masalah, pandangan kita dalam ujian Allah
dan hubungan antara manusia jangan lupa tu, ambil kira.
15 comments:
Sangat membantu.sy esok dah nak berangkat..period pulak dah msuk hari ke3..sedih je rase..trus mcm semangat nak pegi.baca entry ni +ve sket👍
Semoga mendapat umrah yang mabrur Azura
Terima kasih for the sharing sis. Rasa down sebab ada lagi 3 hari kat mekah. Baru niat umrah di miqat tadi balik hotel period pulak 😭 lepas bava rasa positive
Alhamdulillah jika dapat membantu rasa positif. Semoga mendapat umrah yang mabrur Miss FJ
Tq for sharing.
Assalamulaikum. Sya ada kemusykilan. Sya jangka habis haid sblm pg umrah tp x. Jadi sya perlu niat bersyarat juga ke. Klu niat bersyarat adakah saya terlepas dr pantang larang ihram?
Wslm, sebelum pergi umrah? Maksudnya masih di Malaysia? Maaf kurang faham keadaan saudari. Lagipun saya dah lama pergi kursus umrahnya. Perlu merujuk semula. Adalah lebih baik saudari bertanya kepada mutawif yang mengiringi.
Assalamualaikum..sedih juga nk ke umrah 2 3 hari lg...ank bongsu..dtg period walaupun dah makan pil utk lewatkan...semuga d permudahkan...aamiin...
Terima kaseh..sbb syer..dpt jadikan panduan...
Waalaikumussalam..semoga dipermudahkan urusan dan puan sekeluarga mendapat umrah yang makbul
SALAM SIS.Setahu saya, walaupun kita dalam haid, mesti niat di miqat cthnya di Bir Ali. Jika kita tundakan niat, maka dah kena bayar dam. Sepjg haid di mekah, kita terikat dengan pantang larang ihram.Bila dah kering, mandi wajib dan tawaf, saei dan tahalul. Tak perlu lagi kita keluar ke miqat spt Tanaeim.
Boleh juga guna kaedah fatwa dari ulamak fiqh iaitu jika rombongan dah nak balik malaysia sedangkan haid masih belum kering, kita dikira dlm keadaan darurat. Maka mandi wajib, letak pad elok2 supaya tidak menitik dan boleh kerjakan tawaf, saei dan tahalul. wallahualam. Penting mutawwif berilmu supaya para jemaah faham.
Salam. Terima kasih atas komen supaya dapat membantu orang lain juga.
terima kasih ats perkongsian, sgt2 membantu
Ya perenggan yg last tu anon cakap klu dah dekat rombongan nak balik... boleh buat tawaf, saie dan tahallul tapi nanti kena bayar dam seekor
Kambing. Boleh rujuk ustaz atau tgk video ustaz zulhairi kat youtube. Ada rujukan dalam buku umrah dan kontemporari kalau tak silap.
Assalamualaikum, kalau tarikh berangkat menunaikan umrah tu 2 hari selepas jangkaan habis haid, rasa perlu tak ambil ubat? Sebab period saya tidaklah teratur sangat.😄
Wslm...Tak payah kut. Hihi. Bergantung pada diri sendiri. Kalau saya memang takut la makan ubat yang rasa tak perlu.
Post a Comment