Kawasan
rumah saya selalu didatangi kucing betina. Dibuang dik orang agaknya.
Diskriminasi berlaku bila ramai yang lebih suka bela kucing jantan sebab tak
adalah beranak-pinak di rumah. Kadang yang datang ni masih remaja. Kesian. Bela
di luar sahaja. Bagi makan. Mengkala datang musim kucing gatei, tidak berapa
lama kemudian, kucing yang datang ni pulak mengandung. Ha mulalah membiak
generasi seterusnya. Nak pula kucing ni setahun pun dah dua tiga kali
mengandung. Tu yang tak upaya kita nak membelanya. Mujurlah duduk kawasan
kampung. Berkongsilah laman dengan makhluk Allah yang lain. Biarkan dia liar di
luar sahaja.
Masalahnya
dah ada 3 ibu kucing yang datang ke kawasan rumah ni. Tapi yang sebenarnya emak
saudara saya yang lebih banyak bela. Kami berkongsi laman yang sama.
Yang ni
sebenarnya dah pernah nampak dia dari rumah sebelah, tapi selalu juga datang
makan di rumah masa dia mengandung. So dah agak bukan kucing orang sebelah. Sekali,
masa dia datang makan, mak saudara tengok perutnya dah kempis, “Mana anak kamu?”
saja sembang-sembang ngan kucing. Malam tu dengar bunyi anak kucing belakang
rumah. Dia bawak anaknya 4 ekor. Ya Allah, faham bahasa rupanya kucing ni. Udah
terpaksa bela pula. Tambahan anak-anaknya warna bulunya cantik. Udah dua kali
beranak di sini. Kiranya dah jadi penduduk tetap tapi bela di luar sahaja. Ni namanya Mak Bu (Kelabu).
Yang ni
jantan. Datang kemudiannya. Remaja. Kami
syak dia ni anak Mak Bu yang sebelum ni sebab tak marah pun. Warna pun nak
sama. Ni namanya Anak Bu. (Banyak sangat
datang, tak tau nak beri nama apa jadi hanya ikut fizikal).
Yang ni anak yang baru, nampak ke yang dalam longkang renit-renit 4 ekor tu? |
Ini Mak Tam.
Mula-mula datang dengan anak kecik seekor. Setelah dirisik-risik, dapat tahu
jiran punya. Tapi tak tahulah apa ceritanya, sama ada tak diberi makan ke tapi
selalu datang makan di rumah mak saudara.
Waktu malam dia balik rumah pula. Anaknya ditinggalkan. Entah macam
mana, boleh pula menetap di sini. Anak
yang seterusnya beranak di sini. *Pening.
Anak tiga ekor. Satu mati.
Tinggal dua sedang meningkat remaja. Nasib baik jantan. Kalau betina, bertambah
lagilah lapisan generasinya. Macam zaman jahiliah pula ya. Automatik
berperasaan begitu huhu.
Zoom dari atas. |
Ni anak Mak
Tam yang mula-mula datang. Namanya Cetokin (stoking) Dari anak kucing udah
meningkat remaja. Udah beranak sulung pula. Dua ekor anaknya. Beranak di tempat
lain. Bila anak dah besar sikit, diangkut semula balik ke rumah. Dua-dua mata biru.
Peh! Peh!, tak padan-padan dengan cinonit nak marah orang hahaha. Cat-therapy |
|
Duduk di kawasan stor. Kalau saya datang dekat, derang ni dah lari menyorok. |
Siapa tak
kesian, bila tengok kucing betina yang datang macam ni. Sarat nak bersalin ni.
Gambar dari
Twitter Dr Afiq Vet
Berserikan wajah ibu mengandung? |
Gambar x-ray kucing mengandung, nak tengok anak kucing ada berapa ekor berpandukan daripada tulang belakang. Dr Afiq ada buat thread pasa kucing mengandung ni. Boleh Google untuk baca lebih lanjut. |
Fakta ibu
kucing. (Sumber: Buku Doktor Vet
Menulis, Vet Rangers Enterprise, Dis 2016)
1. Tempoh bunting kucing adalah
selama 64-67 hari
2. Selama 15-18 hari
kebuntingan, payudara kucing sudah mula membengkak dan kemerah-merahan.
3. Seperti manusia, kucing
juga mengalami gejala muntah-muntah dan kurang selera makan ketika awal tempoh
kebuntingan.
4. Kucing boleh bunting dan beranak-pinak
sebanyak empat kali setahun,
Sayangi
kucing betina. Meow.
No comments:
Post a Comment