Sekarang ni, pelbagai jenis quran boleh dibeli. Kalau yang terjemahan tu, ada yang
khusus pada tajwid, terjemahan per kata, wakaf dan ibtida’ dan pelbagai lagi. Ayuh,
dekatkan diri kita dengan al-Quran dan beramal dengannya.
Al-Quran
jenis panduan wakaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’(memulakan bacaan) ni
sesuai untuk orang yang tak cukup nafas. Tak tahu nak berhenti kat mana dan nak
mula di mana semula. Kita bukan boleh
berhenti sesuka hati je, lain pula makna.
Dalam bahasa
Melayu pun kalau tidak ditandai dengan koma ayatnya jadi lain bila kita salah
berhenti.
Contoh:
Saya makan
roti Benggali bawah rumah.
Kalau kita terputus
nafas seperti ini:
Saya makan
roti … Kemudian kita sambung pulak Benggali bawah rumah.
Ha, kan
sudah ada dua maksud ayat yang berbeza tu. Hihi.
Nota: Roti
Benggali tu roti yang saiz tebal selalu orang buat letak telur goyang tu.
Berikut
penerangan Panduan Waqaf dan Ibtida’:
Al-Quran ini
tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca
itu mampu dan berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang
sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan.
Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka
pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.
No comments:
Post a Comment