Bulan Ogos
dan bulan 9 ni rasanya ramai yang dah terima kad undangan untuk majlis
perkahwinan kan?
Saya
teringat komen ustaz dalam pengajian di masjid sebelum ni. Perbualan dalam bahasa Perak,“Kenduri kahwin
ni tak payahlah bermuzik-muzik. Nak berjumpa saudara-mara menyembang. Ate udah
muziknya pasang kuat menjerit-jerit bercakapnya. Nak pulak yang dah usia lanjut
ni. Idak la dengor telinganya.”
Anak-anak
murid ni pun menjawab jugak,” Tak meriahlah ustaz.”
“Hish, kome.
Kalau nak pasang pun cer pasang yang tak de bersuara ni. Tengok macam kat hotel
tu, orang dinner. Bincang-bincang perniagaan. Idak payah orang yang bercakapnya
nak menjerit-jerit.”
Hahaha.
Betulkan? Saya pun kadang tension juga. Lebih-lebih lagi kalau duduk dekat
speaker tu, malas benor nak menyembang dengan orang sebelah atau orang depan. Lagi-lagi kalau kenduri
yang ada permintaan lagu. Karaoke tu, aduhai. Hmm, kan. Saya pernah menghadiri
satu kenduri kahwin yang memang pasang lagu instrumental ni. Ni bukan kat
hotel. Kat tempat terbuka macam kenduri-kenduri biasa. Ramai juga yang memuji
tuan rumah. Pernah juga menghadiri kenduri yang memang tak ada muzik langsung.
Tuan rumah faham syariat tapi tetamu yang datang pula la yang banyak komennya.
Berikut,
instrumental daripada lagu Maher Zain. Cer tengok sesuai ke tak dengan kenduri
kome.
No comments:
Post a Comment