Saya bukan kaki TV.
Drama bersiri lagilah jarang sangat. Kalau dah mula tengok, nak tunggu setiap hari
atau setiap minggu. Tak larat. Drama bersiri Melayu pun lama tak tengok sejak
banyak adaptasi daripada novel, sama je plot.
Opps.. jangan kecam ya. Ni dah adaptasi daripada drama bersiri negara
lain pula, haih original still da best lah. Cuba la buat skrip sendiri, pasti
sesuatu yang baru. Tapi, kut saya je lah yang tengok ya. Haha, penerbit pun boleh gulung tikar kalau
gini.
Baru-baru ni tersangkut pulak drama bersiri Thailand.
Disiarkan di 8TV setiap Jumaat pukul 11 malam. Awal tahun haritu memang dah
nampak iklannya, so memang tertunggu-tunggu dah. Sebab pernah belajar bahasa
Thai kiranya tengok sambil ulangkaji gitu.
Gambar daripada Google |
Sinopsis: Hero dan heroin ni lebih suka hidup single. Tapi
kawan dan keluarga masing-masing selalu nak padan-padankan mereka berdua. Hero
buka kedai bunga dan heroin kerja di penerbitan majalah berkaitan keluarga.
Walaupun kedua-duanya bekerja dalam bidang yang melibatkan perkahwinan, cinta
dan keluarga tetapi kedua-duanya masih tetap nak hidup single. Apabila hero ni
ada masalah berkaitan keluarganya dan heroin ni selalu membantu, barulah hubungan semakin rapat tetapi mereka masih
tetap dengan pendirian hidup single walaupun dalam hati dah ada bunga-bunga cinta. Seterusnya saksikan sendiri ya. Kalau di 8TV
rasanya dah lebih dua puluh episod.
Terlepas satu minggu sebelum ini, so cari online lah apa
lagi. Bila dah mula tengok, dan internet pun laju, adoilah dari janji pada diri
sendiri tengok episod yang terlepas je, sudahnya sampai ke The End. Hehe. Mana
taknya pandai director tu edit pengakhiran setiap episod dengan scene yang tergantung.
‘Alamak apa jadi lepas ni’? … akhirnya cari episod seterusnya dan lagi
dan lagi. The End.
Saya tengok di sini dengan sarikata
Inggeris. Ada sesetengah bahagian gambarnya blur dalam 2-3 minit, jadi terpaksa
guna pendengaran sepenuh hati. Drama
bersiri ni elok jangan panjang sangat, mengarut lebih banyak nanti. Drama yang ni
35 episod. Ok jugalah. Tapi setiap minggu nak tunggu tu tak larat la juga.
Drama bersiri yang sentiasa jadi ingatan:
Drama bersiri Jepun – Oshin
Drama bersiri Korea – Full House
Drama bersiri Thailand – Flower Ring
Drama bersiri Melayu- Gol dan Gincu.
Drama bersiri Inggeris – Switch at Birth
Drama bersiri Kantonis – Police Cadet
Mari kita tengok sikit bahasa Thailand, Waehn Dawk Mai. Tajuk drama ni.
Abjad Thai terdiri daripada konsonan dan vokalnya bagi membentuk
ayat. Bila kita dah kenal huruf, pasti bacaan pun akan lebih mudah. Tapi kalau
font tu bertukar jenis berseni-seni sikit, saya pun tak dapat baca
sebenarnya (seperti dalam poster drama)
Waehn maksudnya cincin. Dawk mai maksudnya
bunga. Bahasa Thai berkait dengan nada, bila ada tanda ‘v’ di atas huruf ‘a’ tu
bermaksud bunyinya harus menurun dan kemudian naik, kiranya macam lembut
je. Sesiapa yang belajar bahasa Mandarin
akan lebih mudah ikut sebab ada tone juga.
Untuk dawk pula huruf ‘a’ ada tanda menurun.
Bermaksud sebutannya menurun.
Untuk mai pula huruf ‘a’ ada tanda menaik. Bermaksud
sebutannya menaik.
Masa mula-mula belajar dulu memang susah betul, dengan nak
memikirkan abjad lagi, dan nada asyik salah tone tapi enjoy sebab
pensyarahnya sangatlah baik. Lembut je cakapnya.
"Khop khun kha." (Terima kasih) kerana melawat blog ini.
No comments:
Post a Comment