Terminal Bersepadu Selatan. Gambar: Ihsan Google |
Maktab Koperasi Malaysia Jalan Templer. Gambar: Ihsan Google |
Maktab Koperasi Malaysia terbahagi kepada beberapa zon:
1. MKM Zon Tengah yang juga Kampus Induk di Jalan
Templer, Petaling Jaya
2. MKM Zon Sabah di Kota
Kinabalu
3. MKM Zon Sarawak di Kuching
4. MKM Zon Timur di Kuantan
5. MKM Zon Selatan di Johor
Bahru
6. MKM Zon Utara di Alor Setar
Zon
yang selalu menjadi tumpuan koperator (anggota koperasi) ialah MKM Zon
Tengah sebab pelbagai kursus jangka pendek yang lebih banyak diadakan. Bagi
yang bukan anggota koperasi juga boleh menyertai kursus-kursus ini tapi yuran
yang dikenakan berbeza. Boleh rujuk di laman web MKM
Oleh
kerana ramai yang datang dari luar Kuala Lumpur, saya tunjuk jalan cara hendak
ke sana dari TBS. Panduan ini juga boleh digunakan untuk sesiapa yang nak pergi
menghala Petaling Jaya sehinggalah ke Kelana Jaya
TBS --- > Mid
Valley Stesen---> KL-Gateway-Universiti Stesen ----> MKM
(komuter) (bas) (teksi)
(komuter) (bas) (teksi)
Dari
TBS, beli tiket untuk ke Stesen MidValley. Pakai Touch n Go lebih mudah tapi
dia ada lane sendiri. Tengok arah. Naik komuter yang menghala ke KL Sentral.
Senang je di sini, satu hala KL Sentral,
satu hala Seremban. Jangan pula poie Seremban.
Sebelah kiri tu Little Penang Cafe. Kita keluar pintu ni akan nampak hentian teksi dan hentian bas. |
Berhenti
di Stesen Midvalley, ikut je papan tanda masuk ke Mid Valley nanti turun satu
tingkat dan cari jalan keluar. Melalui
Little Penang Café nanti akan nampak hentian teksi dan hentian bas. Tunggu bas
yang tulis KL Gateway Universiti. Ada dua bas yang saya pernah naik. Satu bas dia lalu depan pasar raya KL Gateway
dan Flat PKNS (T788) dan satu bas lagi dia akan terus menghala ke Lebuhraya
Persekutuan. Jangan risau, boleh je naik sebab dia memang lalu stesen
Universiti. Tambang bas antara 80 sen hingga RM1. Tak ingat.
Kita akan berhenti di stesen ini sebelum meneruskan perjalanan. Gambar: Ihsan Google |
Dari
stesen ini nak ke Jalan Templer sebenarnya dah dekat jadi saya pilih naik teksi
sahaja. Banyak teksi dekat Stesen Universiti ni. Meter dikira bermula RM3.
Dalam 15 minit je dah sampai. Hari ahad petang tak jam. Total tambang RM7.
Alternatif:
TBS --- > Mid Valley ---> KL-Gateway-Universiti Stesen ----> Stesen Taman Jaya--- MKM
(komuter) (bas) (lrt) (teksi)
Stesen Taman Jaya, selang satu stesen sahaja dengan Universiti. Gambar: Ihsan Google |
Cara
lain, dari Mid Valley tadi dah naik bas, naik pula LRT di stesen Universiti tu
dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Kemudian, boleh naik bas. Ada 2 laluan juga, lalu depan
MKM dan satu lagi dia berhenti di tepi dan kena jalan kaki dalam 1km lebih
kurang. *tapi yang ni saya naik tahun
lepas. Sila rujuk dengan driver bas ya sama ada lalu atau tak depan MKM ni.
Tapi
kalau dah bawa beg berat, baiklah naik teksi. Tambang mungkin RM4-5. Jalan di
kawasan situ dah jadi one way, jadi saya tak pasti.
Kenapa
saya berhenti di Mid Valley dan tidak turun di KL Sentral kemudian naik LRT ke
Stesen Taman Jaya?
Walaupun
Stesen KL Sentral hanya depan stesen Mid Valley sahaja, tapi saya mengelak
untuk berhenti di KL Sentral yang biasanya ramai orang. Tengah bawa beg banyak ni. Lagipun seakan
berpatah balik ke belakang. Apabila di Mid Valley kita dah jimat masa sikit
sebab dah separuh menghala ke Petaling Jaya. Cuma nunggu bas tu la ya mungkin
ambil masa sebab Federal Highway ke Mid Valley tu memang kawasan sesak. Apa pun
saya prefer pilihan yang ni dan ia akan
berubah kalau nak kejar masa (akan naik LRT dari TBS lagi) atau hujan lebat.
Ikut situasi ketika itu.
Pilih Lebuhraya Persekutuan untuk tengok laluan.
2. Naik komuter ke Mid Valley
No comments:
Post a Comment