Pernah tak
anda dah check masa dan hari tiket keretapi atau bas tapi masih tak nampak
kesalahan dan hanya ternampak bila esoknya nak berlepas. Jeng jeng jeng.
Aduhai. Nasib baik tiket keretapi je, kalau tiket flight, rugi besar ni.
Saya beli
tiket ETS dari Kuala Kangsar ke Taiping dua hala. Memandangkan janji dengan
kawan yang dari KL untuk naik tren yang sama, jadi berpandukan nombor tren dia dan masa berlepas, saya beli di Kuala
Kangsar. Kami jumpa dalam tren.
Saya lebih
suka beli di kaunter berbanding online sebab stesennya tak lah jauh
sangat, alang-alang memang ke pekan. Singgah je. Senang minta kat orang tu je. Dah
siap tulis atas kertas nombor tren, masa dan destinasi dan bagi di kaunter.
Dapat tiket. Semak. Betul masanya.
Hari nak
bertolak, semak sekali lagi tiket pergi dan balik. Baru perasan tiket nak balik
tu salah. Perbezaan am dan pm. Fuh. Pilih tiket 8.21pm. Dibaginya 8.21 am.
Masa tengok tiket kawan tu, waktu 24 jam (20:21) saya tukar 8.21pm.
Mungkin orang di kaunter perasan am dan boleh pula ada tren waktu yang
sama. Tengok balik kertas yang saya tulis tu, nombor tren memang lain. Salah sendiri. Cepat-cepat
cari tiket online kena beli lain, tinggal 3 seat je lagi. Sempat direbut.
Menyesal
betul salah tengok, walaupun RM13 je, makan nasi pun kenyang ya amat tu. Try
tanya di kaunter kut boleh dapat balik duit. Kalau bas boleh dapat separuh
balik duit.
Ya boleh dapat 50 %, kena isi borang, tulis nama, ic dan tanda
tangan. Kalau pulang tiket lebih awal (lebih 72 jam daripada waktu berlepas
pemulangan tambang 75 %).
Perkara
penting yang kita perlu perhatikan bila dapat tiket.
1)
Destinasi kita betul tak.
2)
Tarikh dan waktu berlepas.
Masa yang diberi 24 jam. Tapi biasanya orang kaunter tu tulis waktu 12 jam dengan pen besar-besar supaya orang tak
tersalah tengok. Walaupun saya ni anak
askar yang sepatutnya biasa dengan waktu 24 jam, hanya beberapa waktu sahaja
yang terus boleh tukar dalam kepala iaitu:
1300
– 1pm
1400
– 2pm
1500
– 3 pm
2000
– 8 pm
2100
– 9pm
2300
– 11pm
Untuk
waktu-waktu yang lain, kira dengan tangan hahaha.
Waktu
berlepas penting untuk kita, waktu tiba penting untuk beritahu orang yang akan
ambil kita. Jangan tersalah beritahu pula, melangut di stesen keretapi pula
nanti.
3)
Nombor tren, penting masa kita nak naik nanti. Tengok
di papan pemberitahuan. Kadang kala ada tren yang lambat, jadi tren kita akan
jadi lambat juga. Bila tren yang tu sampai, kita ingat itu tren kita sebab
sampai waktu kita. Sedangkan tren kita pun akan jadi terlewat sedikit. Bagi
mengelak sebarang keraguan pastikan nombor tren di tiket dengan jadual.
Kita juga dapat pastikan sama ada keretapi ini
kelas Platinum atau Gold. Platinum tak banyak berhenti. Macam tiket saya ni,
dia tak berhenti di stesen Padang Rengas. Tapi untuk Gold dia berhenti di
Padang Rengas. Beza tiket, RM1 je.
Kebiasaannya orang ambil ikut masa je, tak pedulilah gold ke platinum
ke. Janji dapat tiket. Ya tak?
4)
Tempat duduk.
5)
Tambang. Sila semak baki
yang diterima setelah membeli tiket.
1 comment:
Boleh ke kita beli tiket pagi? Masih ada ke tempat duduk
Post a Comment