Sejak ada Group Whatsapp, bukan main
banyak lagi mesej-mesej viral atau tular disebarkan. Makin banyak group,
makin banyak la yang dapat. Kadang-kadang sampai kita sendiri tak pasti yang
mana mesej yang benar dan mana satu yang merepek. Keliru dengan kebenaran. Masa
dulu kalau nak buat assignment sudah ditekankan setiap rujukan yang
diambil kena ada nota kaki yang menunjukkan tajuk buku, penulis, tahun dan
halaman. Mesej yang dihantar melalui whatsapp kadang kala tanpa sumber langsung.
Takkan lah kita nak percaya bulat-bulat.
Sekarang ni pun orang boleh je ambil
gambar penceramah atau tokoh dan kemudian petik kata-kata dia. Kemudahan
teknologi sekarang mudah. Boleh je sesiapa nak buat macam tu. Ada juga yang disebarkan, gambar dan audio
tapi sebenarnya, audio tu tak ada kena-mengena pun dengan gambar.
Jadi macam mana kita nak menanganinya?
1. Fikir sebelum sebar. Ikut logik.
Contoh mesej viral agama:
Rasullullah Bersabda “Barang Siapa Yang
Memberitahukan Berita 1 Safar Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka Baginya”.
Rasullullah Bersabda “Barang Siapa Yang
Memberitahukan Berita Arafah kepada Yang Lain, maka Haram Api Neraka Baginya”
Rasullullah Bersabda “Barang Siapa Yang
Memberitahukan Berita 1 zulhijjah Kepada Yang Lain, Maka Haram Api Neraka
Baginya”
Nabi SAW, “Barang siapa yang
memberitahukan berita Sya’ban kepada yang lain, maka haram api neraka baginya.”
Rasullullah bersabda “Barangsiapa yang
memberitahukan berita 1 Rajab kepada yang lain, maka haram api neraka baginya”
Mesej ini akan dikitar semula setiap kali bertukar bulan Islam. Mengikut kefahaman kita, takkanlah hanya beritahu orang lain masuk bulan baharu sahaja terus diharamkan api neraka. Apabila satu perkara yang kecil tapi ganjarannya terlalu besar dan melebih-lebihkan cerita, kita kena siasat dahulu.
2. Skill mudah untuk siasat, Google je.
Contoh mesej viral kesihatan:
Gambar Paracetamol yang
mengandungi virus ‘Machupo’
Setiap tahun mesti dapat. Dimulakan
dengan AMARAN URGENT, memang akan menimbulkan keresahan kepada pembaca. Di
hujungnya pula, sila kongsi mesej ini untuk menyelamatkan nyawa ….
Bagi yang percaya mesej tersebut,
‘Aku kena beritahu semua orang cepat-cepat ni. Bahaya.’
Sabar! Meh kita google sat je untuk
pengesahan.
Taip keyword “paracetamol” dan “machupo”
Taip keyword |
Dan jelas jawapannya. Tidak boleh dipercayai. |
Contoh viral agama:
Waktu afdal ziarah kubur khamis, jumaat, sabtu …
kupasan Kitab Riyadhus Solihin
Mesej yang tular entah beberapa kali. |
Walaupun ada sumber dan tidak pernah lah mengaji kitab Riyadhus Solihin tapi bila baca kita akan rasa ragu-ragu sedikit sebab boleh je pergi kubur hari apapun. |
3.Ketahui bidang seseorang.
Jika sesuatu mesej diterima dan ada sumbernya,
tapi di dalam hati masih rasa macam ragu-ragu je. Contoh mesej di atas mengenai
hadis. Dr Ustaz Rozaimi memang diketahui bidangnya hadis. Sama seperti
mesej-mesej kesihatan. Kadang kala ada mesej petua-petua yang kata makan ni
makan tu untuk jaga buah pinggang. Tengok pula sumbernya, rupanya-rupanya dia
seorang penjual jus kesihatan. Lainlah
kalau sumbernya doktor pakar buah pinggang.
4. Tapis dengan adanya ilmu.
Contoh viral bahasa:
Gambar Dr Zakir Naik dan dinyatakan ejaan
Insya-Allah harus dieja dengan In Shaa Allah.
Begitu juga dengan ejaan Aamin, Amin dll.
Sebelum adanya mesej ini saya memang biasa tulis
dengan adanya sempang sebab ia dicatat di dalam Kamus Dewan. ‘Kitab’ apa lagi
yang lebih tinggi dalam ejaan ni kalau bukan Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa
Pustaka, kan?
Bila kita tulis sahaja ejaan sebegitu, terus ada
yang menghantar mesej yang menyatakan ejaan Insya-Allah yang sepatutnya. Eh
terasa kita, tau.
Mari kita Google juga, taip keyword “ejaan insyaAllah
yang betul” dan pelbagai penjelasan boleh dilihat. Kita boleh tekan juga di google kategori
image dan akan nampak mesej viral tersebut serta penjelasan.
Saya berpegang kepada seorang pendakwah (Addien)
yang menyatakan “Sebenarnya yang mengubah makna jika salah ejaan bila perkataan
itu dieja dalam Bahasa Arab sahaja. Ini kerana perubahan huruf dan baris
memberi maksud yang berlainan dalam bahasa Arab. Adapun ejaan “sebutan Arab”
bahasa Melayu, ia tidak membawa sebarang makna. Ini kerana bahasa Melayu tidak
mempunyai fungsi yang sama seperti bahasa Arab. In & Sha itu tidak ada
makna khusus pun dalam Bahasa Melayu. Apa yang penting dalam bahasa Melayu
ialah lafaz sebutan dan konteks perkataan Arab yang dimaksudkan dalam
percakapan bahasa Melayu itu. Sama juga sebutan Amin, maka yang dimaksudkan dan
difahami di situ ialah sebagai “perkenankanlah permintaan” bukan jujur atau
aman.
Ini sebabnya kita kena belajar bahasa Arab
supaya kita dapat fahami apa yang kita ucapkan.
4.Lihat
keseluruhan mesej
Contoh
viral terima hadiah
You Winner
No
Simcard anda menang cabutan bertuah,
RM18,000.00
selaku
pemenang ke (2)
pin
hadiah 497522
untuk
maklumat lanjut
Jangan
seronok sangat bila diberitahu menang. Sabar, tengok keseluruhan mesej. Bahasa
rojak, sekejap Inggeris, sekejap Melayu. Tak formal langsung. Hadiah pulak
sampai RM18,000, takkanlah boleh terpilih begitu mudah sekali. Kalau menang loteri
pun kena beli nombor dulu, ni random melalui simcard je? Bertuah sangat nak
kena tipu tu. Hadiah pula tebus di ATM sebab siap ada no pin lagi. Pelik tu.
Kesimpulannya, apa yang kita perlu buat bila
baca sesuatu mesej yang tular dan tak pasti kesahihan?
1. Tapis dengan adanya ilmu – belajar, membaca dan cari pelbagai
sumber seperti FB, IG, Twitter atau;
3. Biar sahaja, jangan forward. Tunggu sahaja, dalam masa 24 jam
mesti ada je yang akan beritahu kalau maklumat tu tak betul. Maklumlah sebab
dah jadi viral, kan. Mesti pemberita akan buat liputan.
Kadang hairan juga tengok orang yang sebar
maklumat tu panjang-panjang. Ai rajin benar derang membacanya. Dulu-dulu masa baru mula whatsapp, rajin juga
baca yang panjang-panjang ni tapi sekarang, malas nak baca. Bila ada yang
membincangkan, barulah tengok semula mesej tu, ha scroll balik. Video atau gambar pun saya tak download kecuali mesej personal dan group tertentu. Nak keluar
group, takut terlepas mesej penting pulak. Jadi buat je la media visibility dan
mute notifications 8 hours.
No comments:
Post a Comment