Panduan ini sesuai untuk sesiapa yang
sekitar Perak untuk merancang perjalanan. Balik hari sahaja dengan ETS. Pesta
Buku 2019 bermula dari 29 Mac hingga 7 April.
Masa saya duduk di KL dahulu biasanya
akan pergi minggu awal dan minggu akhir.
Dah duduk jauh ni kenalah merancang masa yang sesuai dan apa yang nak
beli lebih awal.
Tahun lepas saya pergi betul-betul
petang hari akhir, memang dapat banyak buku yang murah dan free sebab banyak
lelong tetapi buku yang kita nak pula dah habis. Tahun ni pergi hari biasa
orang bekerja. Tak adalah dapat banyak murah pun, buku baru dalam 10 % dan
banyak jualan kombo. Tetapi, punyalah aman nak membeli-belah. Tak perlu
bersesak-sesak. Budak-budak sekolah memang ramai sebab derang ada aktiviti tapi
tak adalah pergi sangat tempat yang kita nak pergi tu.
- Saya ikut channel telegram info PBAKL di https://t.me/ShareInfoKLBookFair
- Guna Google Keep senaraikan reruai (booth) yang nak pergi dan buku yang nak beli
- Saya pilih pergi hari Selasa sebab tiket ETS ada potongan 25%** pada hari tu.
- Jangan lupa bawa beg lipat sebab beg biasanya beranak-pinak dah. Ada orang siap bawa bagasi dan troli. Itu memang dah bajet nak membeli banyak tu. Ikutlah keperluan.
Senaraikan booth yang kita nak pergi dan buku yang hendak dibeli |
Tiket pukul 7.28 pagi dari Kuala
Kangsar.
Stesen-stesen seterusnya:
Ipoh 7.52
Batu Gajah 8.10
Kampar 8.23
Maknanya ni dalam setengah jam nak sampai dah |
Kuala Lumpur 10.32 (Stesen kereta api
KL)
KL Sentral 10.44
Sampai sahaja di KL Sentral, buat
urusan tambah nilai kad Touch N Go dulu supaya senang nak turun naik lrt.
Sambung perjalanan dengan menaiki LRT
ke stesen Masjid Jamek
KL Sentral 10.54
Pasar Seni 10.57
Masjid Jamek 11.00
Turun di stesen ini dan tukar LRT ke arah Sentul
Timur. Tak perlu touch kad Touch n Go,
terus je ikut EXIT Sentul Timur. Jalan kaki lebih kurang 8 minit mengikut kadar
kelajuan biasa-biasa aje.
Ikut EXIT ke Sentul Timur untuk nak ke PWTC |
Stesen Masjid Jamek dan belakang tu masjidnya. |
Masjid Jamek 11.08
Bandaraya 11.10
Sultan Ismail 11.12
PWTC 11.14 Sudah sampai. Tambang dari
KL Sentral ke PWTC tadi RM2 je.
Ikut je arah ke PWTC, tapi saya melencong
dulu ke Sunway Putra Mall, brunch (breakfast dan lunch) dulu. Maklumlah
pagi-pagi tadi sempat beli putu piring Perak je buat bekal. Lagipun di Mall ni
banyak pilihan nak pergi. Ada food court atas dan bawah serta fast food.
Kebetulan masa pergi situ ada sambutan Hari Autism.
Dari stesen PWTC hingga ke Sunway Putra Mall laluan berbumbung. Begitu juga ke PWTC. |
Sambutan Hari Autism |
Dah soru, barulah ada tenaga nak
membeli-belah. Ada dua jalan masuk tapi saya ikut je jejantas dan ke arah Hotel
Pacific. Akan nampak pintu gerbang menyambut kedatangan pengunjung. Ada pelan
booth untuk kita rujuk tapi kalau jenis yang memang pening bila tengok
macam-macam nama tu, kan. Boleh je tanya orang yang ada selempang ‘boleh kami
bantu anda’ ha lebih kurang la bunyinya gitu. Memberi bantuan.
Pintu Gerbang berdekatan Hotel Pacific |
Saya cari booth ikut yang telah saya
senaraikan terlebih dahulu. Bila dah dapat apa yang nak tu baru pergi tengok
lain.
Booth Dubook |
Seronok tengok hiasan booth |
Galeri Ilmu |
Budak-budak sekolah banyak di kawasan buku sekolahlah dan aktiviti |
Iman Publication |
Karangkraf |
Utusan, buku RM5. Benda-benda ginilah yang boleh menghabiskan duit tanpa sedar. Ala macam kita masuk kedai RM2. Murah je kan tapi bila dah dikumpul-kumpul ha berpuluh jadinya. |
PTS, yang lama-lama RM4 je. Ada buku Saiful Nang 1 dan 2 tapi ala dah beli. |
Ate orang paghit, ni buku mike dekat booth Perpustakaan Negeri Perak. |
Arah surau |
Pukul 2.45 dah selesai sebab dah melebihi
bajet. Kalau tengok-tengok lagi, terbeli pulak lagi.
So kalau siapa yang nak balik hari tu
bolehlah beli tiket ETS pukul 5.30 ke atas. Tapi, saya balik hari esoknya hihi.
Memandangkan dah datang KL tu pi jumpa kawan sekalilah. Lagipun hari Rabu** pun ada
potongan 25% tiket ETS.
Untuk mengelakkan keadaan tren yang
sesak lebih-lebih lagi di Masjid Jamek tu, pukul 3 tu sedang elok masanya nak
balik. Kalau balik time orang balik kerja juga, hai masaklah dengan nak
ngangkut hasil tangkapan dari PBAKL lagi.
Bagi sesiapa yang tak sempat pergi
Pesta Buku, boleh je pesan daripada Personal Book Shopper. Boleh ikuti channel
telegram di t.me/addien90 dan tengok buku-buku yang ditawarkan. Cepat, cepat
7hb dah habis.
**kena beli di kaunter. Kena beritahu
orang tu. Tidak boleh pulang balik atau tukar tarikh atau masa. Kiranya kalau
tak jadi pergi haritu, kira hangus ajela tiket.
Hasil. Ambil buku motivasi, bahasa arab dan agama je. |
No comments:
Post a Comment