Penggunaan telefon pintar ni dah jadi
kemestian. Jadi kenalah guna semaksima mungkin untuk memudahkan kita dalam
segala macam hal.
Kita boleh bina perpustakaan mini
secara maya dalam telefon, maklumlah sekarang ni dah banyak e-book yang boleh
diperoleh. Saya sebenarnya memang suka
baca dalam bentuk fizikal lagi tapi memandangkan e-book sekarang banyak je yang
free, dan tajuk-tajuk pun menarik jadi kenalah ikut peredaran zaman. Nak pula
zaman sekarang ni banyak kumpulan WhatsApp, rajin beno dema share atau forward.
Macam-macam recana dalam bentuk file pdf yang dikongsi.
Biasanya tak sempat nak baca masa tu
dan kekallah di dalam storage telefon tanpa membaca. Tiba-tiba datang masa telefon tu dah ‘jam’ mulalah
sibuk padam mana-mana fail yang besar termasuklah e-book tu. Akhirnya tak
sempat baca pun apa yang orang hantar. Dan sampai satu masa, orang lain hantar semula
dan kitarannya berpusing-pusing gitulah. Jadi apa kata kita simpan di Google
Drive fail tu. Ada masa nanti boleh tengok semula. Failnya disimpan secara ‘cloud’
dan ruang yang Google beri secara percuma tu, memang cukuplah. Kita boleh
delete fail yang disimpan dalam telefon kita tu. So jimat sikit ruang.
Google Drive merupakan aplikasi untuk
penyimpanan dan perkongsian fail yang diberikan percuma oleh Google. Jika anda
ada g-mail maknanya anda boleh guna dah tu. Google Drive ni ada macam-macam, kalau kita
tiada Microsoft Office dalam laptop, kita boleh guna Drive ni. Sama je, ada
Documents (sama macam Ms Words), Spreadsheets (sama macam Excel), presentation
(sama macam Power Point) dan boleh buat macam-macam lagi tapi saya cuma nak
tunjuk bina ‘perpustakan mini’ je hehehe
sebenonya muat naik dokumen je tapi saja la ayat gempak sikit.
Jom kita tengok.
|
Cari Drive yang bentuk segi tiga ni. |
Ok yang ni saya dah kategorikan mengikut apa tajuk-tajuk yang biasa saya simpan. Kiranya macam label atau di perpustakaan tu rak bukunya.
|
Kita labelkan folder ni dan boleh warnakan juga supaya ceria. Touch sahaja folder mana-mana kalau kita nak tengok apa yang disimpan. |
|
Yang ni folder Bahasa Arab, ha banyak dah ebook yang saya simpan untuk pembelajaran. Kalau nak baca, touch sahaja. |
|
Sedia untuk dibaca. |
Ok kita tengok macam
mana nak muat naik fail.
|
Kalau di telefon saya (ASUS) saya buka di file manager dan boleh lihat banyak dokumen-dokumen yang ada. |
|
Kita pilih dokumen yang kita nak dan akan nampak tanda Google Drive berserta tambah di atas sebelah kanan. Tekan di situ dan dokumen akan dimuat naik. |
|
Ok dah masuk dalam Google Drive. Tapi ni dia letak merata lagi. Untuk masuk dalam folder, tekan tiga titik bertindih tu dan pilih Move. Anda akan diberi pilihan nak masuk dalam folder yang mana. |
|
Ok dah masuk dalam folder Bahasa Arab. Selesai. |
Oleh kerana fail disimpan secara
cloud, jadi kita boleh tengok di mana-mana tempat selagi mempunyai sambungan
internet. Tak kisahlah dari rumah, pejabat atau dalam perjalanan dan menggunakan
semua peranti seperti PC, telefon pintar atau pinjam laptop orang lain.
No comments:
Post a Comment