Tak kisahlah sekarang ni K-Pop ke,
K-Drama berkuasa, saya tetap tengok cerita cina Hong Kong juga. Sama juga masa
dulu-dulu popular drama Jepun, pilih cerita Hong Kong juga. Kalau Tahun Baru
China tu memang tengok cerita cina ajelah sebab kebanyakan channel tayang filem baru. Cuma sekarang ni tak adalah ikut cerita-cerita bersiri TVB
dah tapi tengok filem atau rencana je. Tak kuasa nak tengok cerita
panjang-panjang, nanti melekat depan TV.
Nicholas Tse memang popular zaman-zaman
saya. Ada rupa, pandai berlakon dan cerita dia selalu best. Anak pelakon,
Patrick Tse. Menyanyi juga tapi tak tahu lagu apa yang popular. Seiring
peredaran masa, tertengok cerita Chef Nic ni tiga atau empat tahun lepas di
8tv. Jadi Chef la pulak. Memang terkejutlah sebab dulu imejnya artis yang suka
memberontak. Zaman tu, berita hiburan artis dari Hong Kong hanya ada di Majalah
Galaxy setiap bulan atau Media Hiburan setiap minggu. Beritanya pun satu muka
surat sahaja.
Season awal Chef Nic, dia masak di studio. Season
yang sekarang ni dia pergi ke luar negara bersama artis jemputan yang
berasal dari HK atau China. Untuk season yang ni Chef Nic banyak
meluahkan perasaan. Mula masuk dalam industri hiburan di usia muda. Meraih populariti.
Sering berjauhan dari keluarga sebab sibuk kerja hingga tak banyak bercakap
dengan mereka. Dan dia memang mengaku zaman tu suka memberontak. Namun sejak jadi chef ni dia bertambah rapat
dengan keluarga dan melatih dia jadi sabar.

Season yang baru ni konsepnya Nicholas dan
tetamu jemputan akan ke rumah penduduk tempatan. Berkongsi pengalaman kehidupan
dan akan masak untuk mereka. Ada satu babak dia tunjuk mainan tradisional dan
basikal tua. Dia kata seronok zaman tu
sebab main sahaja. Ada juga dia tunjuk handphone lama yang besar tu (cordless).
Dia kata teringat pergi sekolah bawa bekas air macam telefon tu. Ha! Di Malaysia
pun sama, kan. Ada bekas air tu. Kiranya kalau orang Malaysia bersembang dengan
orang Hong Kong pun boleh masuklah kisah-kisah nostalgia ni. Allah pun mencipta
pelbagai ras manusia untuk kita saling
mengenali.
Episod minggu lepas, penggambaran di
Xian yang ada patung Terracota tu. Chef Nic berjumpa dengan penduduk di situ
yang bekerja sebagai konduktor bas dan bekerja 7 hari seminggu. Kiranya 365
harilah. Boleh ambil cuti dalam 24 atau 25 hari setahun. Setiap kali Tahun Baru
Cina pun kerja weh, sampai mak dan bapanya sedih tak dapat makan bersama. Tapi
nak buat macam mana, dah kerja. Pergi
kerja awal pagi, balik malam. Ya belajar sesuatu dari situ, bersyukur kita ni.
Ha, saya suka tengok rancangan begini. Ada feel.
Di akhir cerita, Chef Nic sediakan
makanan macam Yee Sang (dia sebut nama lain) tapi dekat Xian ni tak biasa makan
macam tu. Chef terpaksa mengajar gaul Yee Sang tu rata-rata dan tarik tinggi
bersama-sama.
Pernah juga season sebelum ini
jemputannya Lin Dan. Saya suka tengok personalitinya dalam rancangan tu dan
jadi suka dan minat pulak haha. Padahal
kalau tengok dia berlawan dengan Lee Chong Wei, gayanya berlagak gila. Kerek
je.
Eh terpanjang pula review cerita ni,
hehe sebab suka tengok.
Untuk minggu ni jemputannya penyanyi
dan komposer Jay Chou. Gandingannya dalam Sing! China(macam The Voice) .Hari
Ahad di 8tv jam 5 petang.