Friday, March 27, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan 2020 (PKP) – Covid-19


Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya daripada 18 Mac – 31 Mac telah dilanjutkan sehingga 14 April. Apa ‘kejayaan’ yang telah anda lakukan sepanjang duduk di rumah? Tengok televisyen memanjang ke telefon duk kat tangan je tu? Bagi yang memang kerja dari rumah dan jenis introvert memang tak ada masalah duduk diam-diam di rumah, kan?

Baru-baru ni tersebar dalam Whatsapp, Negeri-negeri yang mematuhi PKP(95%), Perak di tangga pertama. Bangga kejap. Ayuh yop dan yong kita kekalkan. Slogan kami memang Perak No 1, walaupun sering diperlekehkan dengan kata-kata, “Takdenya perak nombor satu sebab emas tetap nombor satu!” Haipp awas kamu.

Ok rasanya masa-masa duk rumah ni ramai yang buat aktiviti 5 S.
5 S daripada amalan budaya Jepun. Jika di dalam Bahasa Melayu:
  1. Sisih – asingkan barang dan dokumen yang tidak digunakan
  2. Susun – susun secara teratur dan sistematik
  3. Sapu – bersih secara berkala
  4. Seragam – kemas
  5. Sentiasa amal – supaya jadi amalan dan budaya.
Hasil daripada 5 S ni kawasan tempat kerja lebih kemas dan tersusun.

Sebelum berkemas kita berdoa dulu supaya seharian tu rajin je, taklah  ralit duk tengok telefon.

Doa daripada apps

1.Guna apa yang ada dalam peti ais.

Masa PKP ni kita kena kurangkan kekerapan keluar, so gunakan apa yang ada dalam peti ais. Ada lebihan kekacang. Tepung florentina yang beli pun idak buat-buat lagi sampailah nak expired. Saya memang tak pernah pakai sebab buat florentine resipi sendiri. Punyalah cari ukuran tepung dan kekacang tu dekat peket tapi tak jumpa. Cuma jumpa cara buat sahaja. Jadi saya pun tabur kekacang tu dalam loyang dan tabur tepung tu nipis ala-ala tutup tak tutup je kekacang tu. Bila nak masuk oven, barulah nampak ukuran gram untuk kacang dan tepungnya.  Aduhai, entah apa le dipikiokan sampai tak nampak. Tapi hasilnya lagi sedap sebab rasa kacang tu lebih dan manis-manis sikit.  Rangup pulak tu. 

Kekacang untuk kudapan dan kuatkan ingatan

2.Gunakan kertas terpakai

Yang ni kalau di pejabat memang wajib pakai dua-dua belah bahagian. Penjimatan. Kat rumah ni pun banyak je kertas-kertas laporan Mesyuarat Tahunan dan minit mesyuarat persatuan dan masjid. Buangkan staplernya so bahagian belakang ni kita buat conteng-conteng idea dan kalau kertasnya tebal dan elok boleh guna untuk print. 

Surat yang lebih lima tahun dah boleh tukar jadi kertas conteng

3. ‘Cuci’ telefon
Storage telefon memang kecil. Tu yang banyak simpan secara cloud di Google Photos dan Drive. Tapi masa-masa sekarang ni ramai je yang berkongsi video dan imej di WhatsApp. Ada sesetengah orang tu memang delete je lepas dah tengok. Saya pula jenis tengok pastu biar je.. pastu dah satu hal pulak cari masa untuk buang mana yang tak perlu sebab dah tak boleh nak update apps lain. Hihi.

Video tu sampai 123 bukannya apa, saya tunggu lipat kain baru tengok video. Hihi. Macam buang masa je tengok video masa tu. So tunggu masa free. 
Selamat menempuh PKP semua. Saya tinggalkan ringkasan hadis Rasulullah saw tentang rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara bagi ingatan bersama.

  1.  Muda sebelum tua
  2.  Sihat sebelum sakit
  3. Luang sebelum sibuk
  4. Kaya sebelum miskin
  5. Hidup sebelum mati

Yang jelasnya dalam keadaan sekarang, sihat, ada masa terluang dan masih hidup. Semoga dapat melakukan perkara yang bermanfaat.

No comments: