Kompas yang merupakan alat untuk pemandu arah, begitulah buku ini yang membantu kita 'mengembara' untuk menghayati al-Quran |
Tajuk:
Kompas 114 Bantuan Pengembaraan Anda Menghayati Al-Quran
Penulis:
Syaari Ab Rahman
Penerbit:
Ibrah Paradigm Training & Consultancy, Bandar Baru Bangi, Selangor
ISBN:
978-967-15748-1-2
Harga: RM 40
Cetakan Pertama: Mei 2018
M/s: 279
halaman
Sinopsis:
“Kompas
114” berhasrat untuk menjadi alat bantu buat pembaca al-Quran sebelum mereka
mengembara lebih jauh dalam Kitabullah itu sendiri dengan bantuan kitab-kitab
tafsir yang muktabar. Dengan kompas ini, semoga anda menemui sebab mengapa anda
wajar jatuh cinta kepada mana-mana surah dalam kalangan 114 surah al-Quran ini,
sama ada Makkiyah atau Madaniyyah dan panjang atau pendek. Besar harapan saya
agar buku ini membantu masyarakat awam mendapatkan “idea-idea besar” mengenai
sesebuah surah, lantas memotivasikan mereka untuk membaca kesemua 114 surah
daripada 30 juzuk al-Quran ini tanpa meninggalkan satu surah pun sepanjang
pengembaraan kerohanian mereka semasa dalam atau luar bulan Ramadan. Semoga “Kompas
114” berjaya menimbulkan “debaran” terhadap keindahan dan keunikan setiap surah
dalam al-Quran.
Di awal halaman telah ditulis metodologi penulisan untuk kita memahami penggunaan buku ini |
Komen:
Saya mengenali penulis ini melalui slot Ibrah
di Ikim FM sebelum-sebelum ini. Memang menarik penceritaannya tentang ibrah yang kita boleh peroleh dari al-Quran. Buku ini saya beli secara online melalui fb
ibrah paradigm. Dalam buku ni penulisnya menulis, ianya separa ilmiah tapi saya
rasa memang ilmiah sepenuhnya dah ni. Memang idak le dibaca dari kulit ke
kulit sebab baca pun tak masuk dalam
kepala sangat. Errk. Tapi saya lebih gunakan buku ini untuk merujuk. Misalnya
ketika membaca sesuatu ayat yang dikongsi ketika dalam kelas tadabur atau dalam
Whatsapp kita akan tertanya-tanya lagi mengenai surah tu. So akan rujuk buku ni
untuk tahu gambaran keseluruhan surah. Malah untuk kita nak hafal sesuatu ayat
juga sesuai untuk kita tahu gambaran keseluruhan surah supaya dapat membantu
mengingat lagi. Ibaratnya kalau dulu masa sekolah ada kamus ke ensiklopedia ke,
ha ginilah juga buku ni untuk rujukan. Penulis juga mempunyai blog, boleh check
di sini. Dan ada nota kuliah di
slideshare. Infografik yang berwarna-warni untuk bacaan kita.
Peta Sejarah Penurunan Surah |
No comments:
Post a Comment