Setiap kali
dengar pengumuman Perdana Menteri untuk tarikh PKP sama ada dilanjutkan atau
tidak, setiap kali tu juga semangat baru datang untuk nak buat macam-macam. Macam
azam la, setiap kali datangnya Muharam atau Januari, azam terpahat. Gitulah,
manusia sentiasa menunggu sesuatu tanda dijadikan batu loncatan untuk berubah.
Patutnya tak boleh gitu ya, masa tidak menunggu kita. (Diri sendiri pun kena
selalu dimotivasikan)
Orang Islam
patutnya tidak membuang masa, lebih-lebih lagi masa PKP ni. Setiap kali selepas
mesyuarat atau penutup majlis pun kita akan diingatkan untuk membaca surah
Al-Asr yang berkaitan dengan masa. Manusia akan berdepan dengan kerugian
kecuali jika dia:
- Beriman
- Melakukan amal soleh
- Berpesan-pesan dengan kebenaran
- Berpesan-pesan dengan kesabaran
Orang Islam
juga sepatutnya sentiasa berfikir. Dalam al-Quran sendiri selalu ada ayat yang
disuruh memerhatikan, berfikir, memahami dan mengambil pelajaran. Antara ayatnya:
- Al-Baqarah : 219
- Al-Baqarah : 266
- An-Nisa : 82
- Al-An’am : 151
- Al-A’raf :176
- Al-A’raf : 179
- Yunus : 3
- Yunus : 5
- Hud : 24
- Ibrahim : 52
Ambil
peluang PKP ni untuk retrospeksi diri. Kita juga kena tambah kebiasaan baharu
yang memang kita tak pernah lakukan sebelum ini.
Jangan lupa
lakukan perkara berikut:
Baca doa.
Setiap pagi dan petang
- Tidak bersalaman. Apatah lagi salam arab yang berlaga pipi.
- Membiasakan cuci tangan dengan sabun (20 saat). Jika keluar dan tiada air dan sabun, guna hand sanitizer. Jangan sentuh muka, jika tangan belum dicuci.
- Tidak berkumpul ramai-ramai. Jarak dari orang lain sekurang-kurangnya 1 meter.
- Pakai mask.
No comments:
Post a Comment