Kek kukus yang dimakan dengan sos |
Misi menghabiskan apa yang ada dalam rumah untuk mengelakkan kekerapan keluar pekan musim PKP ni.
Resipi ni dah lebih 40 tahun tapi masih jadi kegemaran dalam keluarga. Mak salin daripada Majalah Wanita. Majalah ni pun dah tiada dalam pasaran. Penggunaan oz tu menunjukkan lamanya, sekarang tulis auns la. Resipinya :
Kek:
3 oz tepung naik sendiri (kalau tiada, tepung gandum boleh campur dengan baking powder)
3 oz gula kastor (kalau tiada, gula biasa tu blend sekejap biar halus sikit)
3 oz mentega / majerin
2 biji telur
2 oz mix fruit
1/2 sudu besar koko
Sos
2 cawan susu cair
5 sudu makan gula
Sikit garam
2 camca teh tepung kastad
1/4 camca teh esen vanila
Yang ni saya ubah resipi keknya sekali ganda. Susu cairnya pulak malas nak ukur, jadi buat 1 tin tu je ..tapi memang tak cukuplah sebab semuanya nak kuah melimpah. So kalau resipi kek ikut ukuran original dan susu dia 1 tin. Ok lah kut. Dulu-dulu saya selalu keliru yang mana susu cair dan susu pekat sebab selalu kat kedai dia letak berdekatan. Kena baca dulu. Alah kadang boleh tersalah ambil jugak, jadi untuk kepastian sebelum sampai di kaunter bayaran, goncang dulu tin tu. Hihi . Kalau rasa berkocak confirm susu cair.
Cara buat kek:
Bancuhan kek sekali ganda |
Mix fruit digaul dengan tepung. Majerin dan gula dikacau sehingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setelah itu masukkan tepung tadi. Bahagikan adunan dan satu bahagian taruh koko. Kukus dipanaskan. Lengserkan loyang dan masukkan adunan.Hias ikut citarasa sendiri. Bila air kukusan dah mendidih, kukus kek hingga masak lebih kurang 30 - 40 minit. Kadang saya tutup api tu awal sikit dan biar je dia dalam tu sementara air masih mendidih. Jimat gas.
Ikutlah nak bahagi sama banyak ataupun tidak. |
Gaya marble cake |
Sementara tunggu kek masak. Kita buat kuahnya. Masukkan semua bahan dan panaskan dengan api kecil. Tanda dia dah masak bila bancuhan sedikit pekat disebabkan tepung kastad tadi.
No comments:
Post a Comment