Sunday, March 8, 2020

Wabak


Bila disebut wabak, tentu sahaja dikaikan dengan penyakit. Definisi mengikut Kamus Dewan, kejadian diserang penyakit menular yang merebak dengan cepat di kalangan penduduk sesuatu kawasan.  Tapi sekarang ni juga ada dua perkataan lagi yang sering disebut-sebut:

Endemik – penyakit yang sentiasa terdapat pada orang atau daerah tertentu

Pandemik – wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.

Ya, penularan Covid-19 meresahkan semua. Rakyat Malaysia juga dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke kawasan wabak seperti Republik Rakyat China, Korea, Jepun, Itali dan Iran jika tiada urusan penting. Ya la bukan sahaja merisikokan diri sendiri tapi akan merisikokan orang di negara sendiri bila balik nanti.

Saya pun ada pengalaman juga Mei 2009 ketika melancong ke Hong Kong. Tak ingat masa tu H1N1 atau SARS. Tapi memang ada kes masa dah nak pergi. Masa tu, WhatsApp pun tak ada lagi, jadi maklumat tak banyak yang dapat. Berita diperoleh hanya melalui TV atau akhbar. Saya pun masih pakai Nokia 3310 dan tengok FB pun di PC. Zaman ni orang pakai BBM (BlackBerry Messenger).


Setelah check semua ok je rasanya, kami 3 beradik pergi. Kalau tak pergi, duit hanguslah. Dah la pertama kali pergi ke luar negara setelah 15 tahun yang terakhir pergi. Sampai di airport HK, melalui mesin pengimbas suhu badan dan melepasi imigresen. Seingat saya tiada orang yang pakai mask ketika itu dan memang macam biasa je tapi masa dekat sana dapat tahu ada kematian sebab wabak ni.

Setelah balik Malaysia, dalam Berita ada cakap kalau balik dari Hong Kong kena buat saringan. Tetiba risau pulak walaupun tak ada demam cuma rasa letih sebab jetlag. saya pun pergilah ke klinik swasta untuk sedapkan hati. Doktor tanya sakit apa? Cakap baru balik Hong Kong, eh sepantas kilat doktor tu pergi ambik mask dan dia pakai. Ai lagi la risau. Lepas dia check, dia suruh pergi hospital Sungai Buloh. Bukanlah sebab hospital tu dikenali sebagai kawalan penyakit berjangkit tapi sebab memang kami duduk berhampiran Hospital Sungai Buloh. Sampai sana, tengok dah ramai wartawan dekat pintu depan. Alamak! Masuk berita pulak nanti kata pembawa H1N1, kami terus lari pintu belakang. Hihi. Alhamdulillah lepas jumpa doktor tak ada apa pun. Terlebih risau.

Untuk maklumat yang lebih tepat mengenai Covid-19 ni boleh rujuk di website Kementerian Kesihatan Malaysia, twitter @KKMPutrajaya, telegram t.me/cprckkm

Oh bagi peminat buku semua, dukacita dimaklumkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang dijadualkan pada 27 Mac – 5 April ditangguhkan tetapi PBAKL atas talian masih akan dilancarkan mengikut tarikh tersebut. Kalau di telegram boleh rujuk t.me/ShareInfoKLBookFair


No comments: