Perkataan
rentas atau maksudnya melintasi biasanya pakai zaman sekolah je dalam merentas
desa. Berbanding sukan lain, yang ni la paling best sebab tiada tekanan nak
menang. Lari ikut kemampuan dan biasanya yang belakang-belakang tu sambil nyembang-nyembang.
Masuk pula jalan-jalan kampung yang tak pernah pergi. Best!
Sejak Covid-19
ni semakin popular perkataan merentas ni. Tiada siapa sangka nak pergi merentas
negeri pun kena minta izin polis. Kalau dulu, pergilah bila-bila masa pun.
Norma baru, kena banyak bersabar dalam segala urusan.
Mengikut
siaran media harian oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Sri Ismail Sabri
penghujung Mei lalu, kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan untuk
kecemasan/kematian, perubatan dan kerja. (Sidang media harian 2 Jun 2020
terdapat beberapa kebenaran yang lain)
Saya minta
kebenaran atas tiket perubatan. Senang, tak ada banyak soal dengan polis. Hanya tunjuk
kad hospital yang ada tarikh appointment. Ramai juga yang minta kebenaran,
kiranya saya datang 3 kali ke sana tu dalam 10 minit dekat sana, tak
putus-putus jugalah orang datang nak isi borang dan hantar borang. Saya curi
dengar alasan yang diberi, nak ambil barang di rumah sewa sebab kena kosongkan
bilik, nak ambil mak di KL sebab dah lama sangat kat sana, nak ambil kereta
bawa balik kampung, nak pergi hospital di KL tapi tidak dinyatakan dengan jelas
hospital mana. Ha yang ni semua memang kena soal jawab dengan polis kat situ
ya.
Cara untuk
minta izin:
Pergi ke
balai polis berdekatan. Isi borang Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan yang
disediakan di situ. Untuk Balai Polis Kuala Kangsar, urusan dibuat di luar
bangunan. Dari pintu masuk, akan nampak khemah di belah kanan. Urusannya
sekejap sahaja, pagi hantar borang, petang sebelum 4.30 dah boleh ambil. Saya
minta kebenaran tiga hari sebelum tarikh nak pergi.
Di borang
kena isi perkara berikut:
- Nama pemohon
- Kad Pengenalan
- Alamat tinggal (Kuala Kangsar)
- No telefon
- Jenis kenderaan/No Pendaftaran
- Jumlah orang (Perlu lampirkan butir-butir individu)
- Tarikh/Masa Pergerakan
- Alamat Destinasi
- Sebab-sebab permohonan pengecualian untuk pergerakan (Sakit/Kematian/Kerja/Kecemasan)
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:
Salinan fotostat kad pengenalan orang yang akan ada dalam
kereta. Salinan fotostat Kad Hospital yang tertera dengan jelas nama hospital
dan tarikh appointment. Buat 2 set salinan sebab satu set polis simpan dan satu
lagi kita pegang untuk kita tunjukkan jika adanya sekatan jalan raya sepanjang
perjalanan. Fotostat sekali borang
Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan yang kita dah tulis tu. Jadi eloklah
bawa balik borang dan lengkapkan dulu kesemuanya barulah hantar.
Untuk balik, saya guna borang yang sama je sebab memang ada
alamat tetap kat situ pun. Lagipun pergi dalam dua hari sahaja. Tak payah susah-susah nak pergi balai lagi.
Borang
permohonan sama ada lulus atau tak akan ditandatangani oleh polis
berserta cop jawatan.
Sepanjang
perjalanan ke Kuala Lumpur, idak le rasa beza apa pun dengan sebelum ni. Banyak
je kereta di lebuh raya. Sama juga perjalanan balik. Banyak je keretanya.
1 comment:
Selamat Hari Raya. Salam perkenalan :)
Post a Comment