8 Ogos, hari
akhir. Merancang macam-macam tempat nak pergi, Kea Farm, Taman Lavender dan
lain-lain. Mulakan pagi dengan makan Nasi Lemak yang viral di Taman Sedia.
Pukul 7.30 pagi dah keluar, dekat je sebenarnya dari Apartmen tapi tersalah
masuk simpang berpusing sikitlah dekat 7.50 sampai. Cuaca mendung. Tak tahu kat
mana nak park sebab tak ada nampak petak-petak parkir. Tetiba nampak tanda, RM5
sekali masuk. Ala macam kat rumah orang je, dalam 4 /5 kereta boleh masuk.
Nak pergi
Nasi Lemak Abang Strawberry tapi orang dah beratur panjang ya. Hai ada yang
keluar lebih awal lagi rupanya.
Hujan pun
turun, kat sebelah parkir tu ada nasi lemak juga tapi Opah punya, Opah pun Opah lah, mesti opah lagi pandai
masak dari abang kan. Hihi. Kedai pun tak buka lagi tapi dia bagi je duduk
dulu, dalam 8.15 macam tu dah boleh order. Dalam masa 15 minit tu je pun udah
ramai yang masuk. Kuasa viral gamaknya, meja penuh dalam waktu yang singkat.
Yang datang bukan dua tiga orang tapi 2,3 keluarga. Sedap nasi ni, dengan
serundingnya, sambalnya.
 |
Nasi lemak strawberi dengan sambal ikal masin. Teh strawberi. Banyak. Kenyang sampai tengah hari.
|
 |
Kami masuk ikut pintu tepi. Banner ni di hadapan. Masa pilih makan pun idak le tau macam mana nasi lemak tu akan dihidangkan sebab gambar kat menu tiada. Jadi memang tertunggu-tunggu le macam mana rupanya dihidangkan.
|
 |
Dalam kedai ni boleh nampak strawberi yang ditanam. Kedai sebelah kepunyaan depa juga boleh petik sendiri strawberry tapi dalam pukul 10 pagi baru mula. (Kalau tak silap, sebab dengar masa ada orang tanya) |
Sementara
dah parking kereta selesa ni, singgah dulu kedai-kedai berdekatan tengok-tengok
barang untuk buah tangan. Jalan makin sesak sebab hujungnya jalan mati jadi orang
guna jalan tu sahaja untuk keluar masuk. Sempatlah beli ubi lagi. Ada sayur
kobis, banyak sangatlah pulak satu longgok. Tak de membeli.
 |
Aiskrim dengan belahan strawberi.
|
Ambil masa
yang lama nak keluar ke simpang jalan, plan nak pergi ke Kea Farm Market tapi
dah nampak agak teruk jamnya takut tak sempat balik untuk check out. Jadi balik
dulu ke rumah dan check out pukul 10.30 pagi. Kemudian barulah singgah. Lagipun dah memang laluan jalan nak balik
tu.
Banyak
kereta naik dari Tapah, akhirnya semua plan batal, tak sanggup le menempuh
sesak tu. Dan tukar plan balik ikut Tapah sebab dah memang dekat sangat dengan
pintu keluar ke Tapah, kiranya dah keluar tol Tapah, patah balik ke arah
Simpang Pulai. Alahai tak sempat nak membeli apa, beli ubi kat pasar malam dan
Taman Sedia je mana nak tengok sayur dan bunganya.
Akhirnya
apa-apa kedai waima sekecik mana pun singgah aje sebab nak beli oleh-oleh haha.
Dapatlah juga sayur dan bunga. 10 bungkus sayur-sayuran (boleh pilih) RM 10. Bungkusan kecil-kecil tapi dekat 2 minggu la idak membeli sayurnya.
Memang
kereta banyak dari Ringlet lagi la bertali arus. Kami yang nak
balik ni ok je laluannya. Jalan Tapah ni memang banyak selekoh tajam, lagilah
tak berani memotong. Penumpang tak taulah pening ke idak, yang penting pemandu
jangan pening bila bawak ikut sini.
Stress
bercuti di Cameron Highland sebab saya jadi pemandunya kena hadap kesesakan.
Dari lepas Aidilfitri haritu dah dengar khabar orang kata Cameron Highland
sesak. Idakle habis-habis lagi kesesakannya weh, dari bercuti nak hilang stress
bertambah stress pulak dibuatnya.
Jika dibuat
tinjauan secara rawak dari segi dialek dan plat kereta, ramai dari Kelantan,
KL/Selangor, Johor, Kedah/Penang dan Perak la yang penuhnya. Ate idakke Majlis
Daerah ni buat sesuatu pasal kesesakan ni sekurang-kurangnya bagi trafik tu
lancar dengan adanya penguatkuasaan tak boleh letak kereta ikut sesuka hati, ada yang berhenti di petak kuning (sebab trafik bertali arus jadi yang nak menyeberang
simpang dah tunggu lama bantai ajelah duduk petak kuning).
Di Taman
Sedia kereta keluar masuk sebab nak makan nasi lemak yang viral, orang yang
datang ramai, kereta diletak di kiri dan kanan memang jadi sempitlah sebab
jalan di hujung jalan mati dan orang akan keluar jalan sama. Nak pusing pun
susah sampai ada satu kereta tu dah termasuk dalam longkang sebab dia nak
ngelak kereta yang park di tepi. Mujur sebelah tayar sahaja dan ketika itu ada
konvoi motor besar tolong angkat ramai-ramai. Mereka jugalah yang tolong jaga
trafik suruh orang berhenti dan bagi orang lain jalan untuk nak keluar supaya
tidak berterusan sesak. Kalau nak harap orang yang berkereta ni tolong, memang
taklah, nak berhenti tepi pun tak boleh dah.
Eh
terpanjang pulak membebel, haritu dah tengok website Majlis Daerah Cameron
Highland untuk buat aduan lepas tu macam kena isi butiran peribadi susah
pulak nak tulis panjang-panjang guna telefon, terus tak jadi nak kompelin. Ni
udah terlambat la pulak udah lebih seminggu. Tapi idaklah serik nak datang
lagi, kena tunggu keadaan redalah kalau nak pergi pun lagipun dalam norma baru
ni kena biasakan diri dengan segala SOP dan lebih baik duduk rumah je.